Yes! We Need The Best Face Masks - Glam Malaysia

Yes! We Need The Best Face Masks

 

Face mask merupakan item kecantikan paling digemari setiap wanita malah ia satu rutin rawatan kecantikan paling efektif dan mudah dimiliki. Seperti menukar baju harian, penjagaan kulit wajah juga sering dipraktikan berulang-kali demi menjaga kulit kekal sihat dan cantik. Seperti saya, penggunaan mask pada kulit wajah adalah wajib kerana kulit saya punya masalah kering yang ketara, oleh itu mask jenis Hyaluronic-Acid sangat membantu kulit lebih lembap dan bersih.

Pemilihan mask bergantung kepada jenis kulit anda. Jika anda sekarang di rumah mengalami masalah kulit berjerawat, pilihlah masker jenis nyahtoksik seperti clay atau mud kerana ia bantu membuang kotoran atau toksik pada kulit wajah dengan serta-merta. Jika anda tidak punya masalah kulit yang ketara dan wajah dalam keadaan serba sihat mungkin boleh cuba jenis multitask untuk melembap, menyuburkan dan exfoliate kulit wajah untuk kelihatan lebih bersinar dan cantik.

 

Gambar oleh Fresh.com

See also
10 Set Produk Kecantikan Istimewa Untuk Musim Percutian Ini

 

 

Pamper yourself without guilt dengan pilihan masker muka terbaik pilihan GLAM:

1 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

Untuk kulit kering

Kiehl’s Calendula & Aloe Soothing Hydration Masque, RM199

Kiehl’s Calendula & Aloe Soothing Hydration Masque mengembalikan kesegaran pada kulit wajah dan lebih sihat dalam masa hanya lima minit. Dengan formula kelopak bunga calendula yang dipetik secara manual menjadikan ia antara masker muka digemari ramai. Tekstur gel ini boleh digunakan tiga kali untuk seminggu.