Bagi meraikan pembukaan semula butik Coach di Gurney Plaza Penang, pasangan popular Hong kong yakni Edwin Siu and Priscilla Wong diterbangkan ke Pulau Mutiara. Butik baru yang berselerakan modern luxury ini direka oleh Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers bersama William Sofiels, Presiden buat Studio Sofield. Seni dekorasi butik ini menggunakan material kulit dan kayu kayan membiaskan rasa sofistikated New York.
Acara parti yang bertemakan Tahun Baru Cina juga dihadiri oleh buah hati Malaysia, Nur Fazura yang cantik dalam persalinan rona merah jambu lembut. Personaliti lain termasuklah Sharifah Sakinah, Daiyan Trisha, Yaya Zahir dan Alvin Chong. Mereka semua hadir ke acara pembukaan semula butik Coach itu dengan bas dua tingkat yang dibaluti dengan logo Coach!