Ellie Goulding Mengumumkan Kehamilan Pertama Yang Mengejutkan - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Ellie Goulding mengumumkan kehamilan mengejut

Ellie Goulding Mengumumkan Kehamilan Pertama Yang Mengejutkan

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ellie, yang terkenal sebagai peminat sukan kecergasan dan mengamalkan gaya hidup sihat, bergurau kepada Vogue bahawa bayinya yang sekarang telah mengambil alih tubuhnya. Ellie kebiasaan memakan salad berhari-hari tetapi kini bertukar 360 darjah kepada McDonalds, bergula dan berkarbohidrat. Tambahnya, Ellie menyedari perbezaan bentuk badan dan tenaga membuatkan dia tidak dapat menangani semua dalam satu masa. Pada awal trimestar pertamanya, Ellie mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri dan ada sedikit penolakan dalam dirinya, seperti tidak percaya dengan kehamilan ini!

Ellie peminat sukan kecergasan dan mengamalkan gaya hidup sihat

Penyanyi yang juga merupakan penulis lagu itu menambah, “Saya teruja untuk menjadi seorang ibu! Tetapi saya juga ingin memastikan bahawa saya akan terus berkerja selepas ini”. Ellie seperti tidak sabar untuk kembali membuat konsert dan aktiviti artisnya kembali. Buat sementara ini Ellie menikmati fasa kehamilan dan teruja dengan cabaran dan pengalamana yang baharu ini.

Ellie mengaku ketika pandemik Covid 19 berlaku, dia merasa sunyi dan mengharapkan cahaya mata ketika itu. Kehamilan yang tidak dirancang ini membuatkan dia menghadapi beberapa cabaran tetapi pertolongan suaminya, Caspar Jopling menenangkan Ellie sepanjang proses kehamilan ini. Penyakit dan keletihan yang tidak pernah Ellie alami membuatkan dia berpantang terhadap sesuatu perkara dan ia membuatkan Ellie berkata “ Bila terjadi pada diri sendiri, ia bukan sesuatu yang mudah (mengandung). Ia membuatkan saya lebih menghormati wanita yang mempunyai anak”.

See also
Met Gala & Vogue Beri Penghormatan Unik Kepada Rihanna

Artikel berkaitan, Billie Eilish Dedah Kehidupan Peribadi Dalam Dokumentari The World’s A Little Blurry

Gambar oleh Hunter Abramhs