Use your ← → (arrow) keys to browse
Penyanyi terkenal ‘Love Me Like You Do’, 34, mengumumkan berita kehamilan pertamanya bersama suami, Caspar Jopling setelah mengikat tali perkahwinan pada Ogos, 2019. Ellie yang kini hamil 30 minggu menjelaskan bahawa dia tidak tahu mengenainya ketika membuat pertunjukan di Muzium V&A, Ogos lalu.
Ellie berkongsi berita kehamilan pertamanya secara mengejut menerusi instagram dan memberitahu bahawa impiannya untuk hamil sebelum ini seperti tidak mungkin menjadi kenyataan. Tetapi kini, Ellie yang hamil 30 minggu memberitahu bahawa dia seronok dengan perubahan bentuk badannya yang kini berbadan dua membuatkannya seperti tidak percaya dan teruja mengenainya. Ellie yang cenderung untuk menjaga kehidupan peribadinya kini terbuka hati memberitahu berita kehamilannya menerusi Instagram. Kongsi Goulding melalui Instagram, “Saya telah menerima begitu banyak mesej sokongan dan kasih sayang yang indah hari ini, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak dan terima kasih @Voguemagazine x”.