Coolest Celebrity Manicures
Memiliki kuku yang cantik adalah idaman wanita malah dikatakan mencerminkan diri anda. Dari rutin penjagaan kuku hinggalah ke riasan kuku semuanya diambil kira. Pembuka tirai tahun ini, rekaan rias kuku jenis claws menyeri penampilan barisan selebriti terkenal. Kylie Jenner, Jennifer Lopez, Billie Ellish dan Cardi B sering hadir dengan hiasan kuku pelbagai bentuk, seperti yang dilihat kala mereka melangkah ke permaidani merah di anugerah berprestij. GLAM senaraikan ilham rias kuku terbaik untuk anda jadikan inspirasi sama ada anda gemarkan rekaan bold, minimal, classic atau sesuatu yang fancy (di luar jangkaan).
Kim Kardashian West tampil dengan rias kuku minimal dalam rona nude untuk gaya hariannya.
Gambar Instagram oleh @Kim Kardashian West
Cardi B senang dengan ilham kuku panjang mencengkam.
Gambar Instagram oleh @iamcardib
Billie Eilish hadir dengan rekaan cukup sophisticated bersama kuku panjang rectangle-shaped berkilat.
Gambar Instagram oleh @billieeilish
Rosalia mewah bersama ilham kuku runcing bertatahkan batu kristal.
Gambar Instagram oleh @rosalia.vt
Rita Ora senang dengan riasan kuku sticker batu kristal.
https://www.instagram.com/p/B7g8jo2F3Tc/?utm_source=ig_web_copy_link
Gambar Instagram oleh @ritaora
Dua Lipa back to classy french nail designs.
Gambar Instagram oleh @dualipa
Kylie Jenner antara selebriti yang sering tampil dengan ilham kuku menarik. Untuk gaya harian dia memilih dua ton warna pastel.
Gambar Instagram oleh @kyliejenner
Rihanna sering kali tampil dengan rias kuku bold warna merah terang!
Gambar Instagram oleh @badgalriri
Lizzo tampil unik dan bersahaja dengan riasan kuku panjang ringkas.
Gambar Instagram oleh @lizzobeeating