Gemilangkan Fesyen Tanah Air

Gemilangkan Fesyen Tanah Air

Buat kali ke-7, Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2019 (KLFW 2019) akan kembali menggegarkan pentas fesyen paling hangat yang akan berlangsung dari 21 sehingga 25 Ogos 2019. Hub fesyen terkemuka Kuala Lumpur, Pavilion KL sekali lagi bakal menjadi saksi kepada pementasan lebih 80 koleksi sedia pakai daripada pereka dan label fesyen lokal dengan kreativiti masing-masing.

Saban tahun, KLFW 2019 akan menyaksikan kehadiran lebih 150,000 tetamu dan peminat fesyen dalam lima hari pementasan koleksi sedia pakai untuk musim bunga/panas 2020. Antara nama-nama besar akan menyerikan pentas tahun ini termasuklah Alia Bastamam, Rizman Ruzaini, Fiziwoo, Syomirizwa Gupta, Afiq M, Innai Red, Nurita Harith, Ezzati Amira, Jovian Mandagie dan MimpiKita. Selain membantu pereka untuk berkembang, KLFW mengambil rakan kongsi industri dalam hal ini perjalanan fesyen ke hadapan, membentuk masa depan industri fesyen dan gaya hidup Malaysia. Tahun ini, KLFW teruja untuk bekerjasama dengan jenama berprestij yang termasuk Lexus, Hp, Huawei Nova, Oris Watches, Lazada, Boost, Panasonic, Airasia dan banyak lagi.

See also
GLAM 101: Fesyen Aktif

Sejajar dengan bulan kemerdekaan, KLFW RTW 2019 turut melontarkan pameran bertajuk Thread of Heritage. Ia adalah usaha utama untuk menyemarakan rasa cinta pada fabrik tradisional yang akan bermula pada 10 Ogos sehingga 25 Ogos 2019. Antara koleksi yang bakal dipamerkan adalah koleksi Ikonik Tenun Pahang DiRaja, Royal Terengganu Songket dan Batik Kelantan by Yanas.

Lebih istimewa, GLAM turut menghangatkan lagi bahang KLFW 2019 dengan menyahut anda untuk menyertai peraduan di laman Intagram rasmi @glammalaysia bersama pereka fesyen RizmanRuzaini dan berpeluang untuk memenangi busana eksklusif rekaan RizmanRuzaini bernilai RM1,500 serta sepasang tiket untuk menyaksikan sendiri pertunjukan fesyen paling dinantikan ini.