Chronomat 28, Jam Tangan Breitling Kecil Yang Hebat

Breitling Perkenal Chronomat 28, Jam Tangan Ramping & Padat

Breitling memperkenalkan Chronomat 28, jam tangan yang ramping dan sofistikated yang membuktikan bahawa yang kecil juga hebat.

Dengan reka bentuk yang diperhalusi daripada klasik tahun ’80 dan dial 28mm, Chronomat baru ini sesuai untuk mereka yang menghargai jam tangan bergaya dalam saiz padat tanpa mengorbankan prestasinya.

Chronomat 28 simbol keanggunan

Bergaya dan tetap klasik, Chronomat 28 adalah jam tangan sukan bergaya yang serbaguna, menawarkan permukaan mutiara dan berlian dengan pelbagai pilihan casing dan gelang memberikan daya tarikan seperti barang kemas. Ia dikuasakan oleh Caliber 72, sebuah chronometer berkualiti tinggi.

Didatangkan dengan empat rona warna iaitu ibu mutiara, ibu mutiara hitam, ibu mutiara biru dan ibu mutiara merah jambu bagi pemakainya, Chronomat 28 bukan hanya sekadar aksesori, tetapi juga simbol status dan keanggunan. Reka bentuk yang sofistikated membuatnya mudah dipadukan dengan berbagai gaya busana, dari formal hingga kasual.

Jam tangan selesa & mewah

Selain itu, terokai koleksi Chronomat, koleksi jam tangan paling serbaguna dari Breitling, yang menawarkan saiz dari 32mm hingga 38mm. Temui reka bentuk yang sesuai dengan gaya anda, dari yang bertatahkan berlian yang halus untuk menonjolkan Super Chronomat dengan aksen seramik.

See also
Song Ji Hyo Berkongsi Gaya Hidupnya Bersama Fossil

Diinspirasi dari gaya moden-retro, Chronomat 32 adalah jam tangan sporty dan chic yang bergaya, tersedia dalam berbagai pilihan logam dan dengan pilihan berlian untuk wanita. Dipadankan dengan gelang ikonik dan selesa “Rouleaux”, dilengkapi dengan mekanisme SuperQuartz™ yang berkualiti tinggi.

Chronomat Automatic 36, jam tangan yang sempurna untuk digayakan setiap acara. Tersedia dalam berbagai pilihan logam dan berlian, jam ini menawarkan kombinasi keselesaan dan kemewahan. Dikuasakan oleh mekanisme berkualiti tinggi, ia pasti jadi pilihan ideal bagi wanita yang menghargai gaya dan prestasi.

Tampil memikat dan berani, Super Chronomat Automatic 38 adalah jam tangan yang sesuai untuk pelbagai gaya, dari formal hingga kasual. Dengan ciri-ciri unik seperti tab seramik dan gelang getah, serta berlian besar yang memukau, jam ini pasti menarik perhatian. Warna dial yang menarik juga membolehkan anda mencipta padanan yang sempurna dengan gaya anda.

Artikel Berkaitan: Kembara Breitling, Charlize Theron Bersama Navitimer