AsterSpring Memenuhi Kemahuan Wanita - Glam Malaysia

AsterSpring Memenuhi Kemahuan Wanita

Di AsterSpring, kini anda bukan sahaja dapat menjalankan rawatan penjagaan muka, malah rawatan untuk penjagaan badan turut disediakan. Adakah anda masih mempunyai masalah selulit walaupun setelah menjaga diet dan bersenam? AsterSpring menawarkan penyelesaian untuk menghapuskan lemak degil dengan rawatan badan LPG Integral. Bahagian utama yang boleh diberikan perhatian penuh adalah seperti kawasan lengan dan bahagian belakang, perut dan pinggang, bahagian punggung, serta paha dan lutut. Sudah tentu rawatan sedemikian hanya akan menunjukkan kesan yang ketara selepas beberapa kali sesi, tetapi kesan kecil seperti sedikit ketegangan pada kulit dapat dirasakan selepas sesi yang pertama. Istimewa turut disediakan, pelanggan boleh relaks dan memanjakan diri ibarat belaian spa segera dengan menikmati “Hot Chamber” (Hanya di cawangan Bangsar Shopping Centre, Greenlane Penang, dan One Utama Shopping Centre) untuk beberapa minit selepas rawatan LPG anda.

Selain itu, kehidupan yang sibuk, cuaca yang tidak menentu, serta pelbagai lagi faktor lain mampu memberikan tekanan kepada kulit wajah. Kini AsterSpring menawarkan rawatan wajah terbaru untuk membantu mengukuhkan dan mengembalikan semula keseimbangan kepada mikrobiotik wajah. Rawatan terapi ini bermula dengan dua kali pembersihan, pengelupasan dan pengekstrakan sebagai persediaan kulit untuk menyerap kesemua ramuan utama melalui ampul kabus dan serum.  Sudah tentu sekali anda boleh merujuk ke mana-mana cawangan AsterSpring yang terdekat, untuk mencuba sendiri rawatan mereka yang sememangnya menjadi pilihan ramai. 

See also
Nantikan Kolaborasi M.A.C x Nicki Minaj, #NickiNudes!

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Soothing & Rebalancing Therapy – Rawatan buat wajah untuk kelihatan lebih segar dah kekal muda.