GLAM 101: The Heroin Chic - Glam Malaysia

GLAM 101: The Heroin Chic

Gia Carangi dilabel sebagai supermodel pertama di dunia dengan mengubah erti kecantikan ketika dia mula mewarnai dunia peragaan lewat dekad 70-an sehingga awal 80-an. Wajahnya menjadi kegemaran ramai jurugambar fesyen terkemuka termasuklah Helmut Newtown. Namun kerjayanya mula musnah dek ketagihan dadah.

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Lahir dengan nama Gia Marie Carangi di Philadelphia dalam satu unit keluarga yang berantakan membuatkan Gia Carangi memilih untuk menikmati dunia luar yang lebih gelap. Sejak usia belasan tahun lagi Carangi sudah mula belajar mengambil dadah, menghidap rokok ganja juga minum minuman beralkohol. Sering ke parti dan hidupnya berubah apabila jurugambar bernama Maurice Tannenbaum menemuinya di lantai dansa kelab malam.

GIA CARANGI TERKENAL SEBAGAI WANITA PERTAMA AMERIKA SYARIKAT YANG MENINGGAL DUNIA KERANA KES AIDS.