Penyebab Sakit Kepala Ketika Atau Selepas Seks - Glam Malaysia

Penyebab Sakit Kepala Ketika Atau Selepas Seks

Seks, ad kala ia melegakan namun jangan terkejut sekiranya seks juga boleh memudaratkan, menyebabkan pelbagai kondisi kesihatan yang tidak menentu dan sukar untuk dijangka. Walaupun ada kajian mendapati seks secara tidak langsung dapat mengubati pelbagai penyakit, namun pada saat anda klimaks, sebenarnya juga boleh menyebabkan sakit kepala yang tidak tertahan. Dalam erti saintifik keadaan ini disebut orgasmic cephalgia.

Menurut pakar Neurologi di Spire Hull and East Riding Association Neurologi, London, Dr Fayyaz Ahmed menjelaskan, gejala sakit kepala luar biasa kebiasaanya berlaku saat mencapai titik ghairah dan boleh berlangsung hanya satu minit mahupun berjam lamanya. Mengejutkan lagi, menurut hasil penelitian DailyMail, sekitar 1% daripada kita akan mengalami sakit kepala ketika sedang melakukan hubungan seks.

“Rasanya seperti kepala dipukul dengan tongkat. Jika ini terjadi buat pertama kali, saya sarankan untuk pergi ke klinik bagi mencegah output yang lebih teruk. Misalnya pendarahan dalam otak. Anda berkemungkinan berisiko mengalami strok. Puncanya mungkin disebabkan oleh radang yang dialami berikutan aliran udara tidak lancar ke otak ketika seks,” jelas Dr. Fayyaz.

See also
5 Makanan Baik Untuk Tingkatkan Nafsu Seks

Foto: Getty Images