Mengenang Cinta Agung Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari - Glam Malaysia

Mengenang Cinta Agung Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari

Perkhabaran duka kematian pelakon tempatan yang terkenal di seberang, Ashraf Sinclair nyata mengejutkan semua pihak, apatah lagi buat satu-satunya cinta hati, isterinya Bunga Citra Lestari (BCL). Kehilangan insan tersayang yang nyawanya direntap tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk pergi, pasti bukan mudah untuk sesiapa pun.

Namun, itulah realiti dan takdir yang perlu dihadapi oleh BCL dan anak lelaki mereka. Sebelas tahun berkongsi dunia dan cinta, kini BCL perlu kuat, membesarkan anak tanpa satu-satunya lelaki yang dicintai di sisi.

Percutian terakhir Ashraf dan BCL di New York baru-baru ini.

Pemergian Ashraf Sinclair hari ini nyata memberi kesan buat BCL sehinggakan dia menempah liang lahad bersebelahan makam arwah suaminya. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif San Diego Hills, Suziani Japardy memaklumkan BCL ingin ditempatkan bersama suaminya di tanah perkuburan tersebut. Begitulah cinta agung BCL terhadap suami tercinta. Oleh itu, GLAM rekap lapan fakta cinta agung mereka berdua. Al-fatihah.  

See also
GLAM Exposé: The Second Wives Club, Out & Proud

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Momen perkenalan Ashraf dan BCL bermula ketika bertemu buat pertama kali kala BCL dalam rangka promosi album keduanya di Malaysia pada tahun 2006. Ketika itu, Ashraf adalah hos untuk sesi temu bual tersebut.