Libur - Destinasi Kembara Yang Perlu Dilawati - Glam Malaysia

Libur – Destinasi Kembara Yang Perlu Dilawati

Siapa yang tidak gemarkan percutian? Tidak salah sesekali mengambil cuti dan keluar berdarmawisata bersama yang tersayang sambil melepaskan penat lelah bekerja. GLAM Deko kongsikan senarai destinasi kembara yang perlu dilawati jika anda bercadang untuk berlibur di luar negara.

1 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

The Cape, Los Cabos, Mexico

Satu lagi oasis pinggiran pantai ciptaan manusia, The Cape, berlokasi di hujung selatan Mexico, semenanjung Baja California, Los Cabos. Kawasan yang terkenal dengan aktiviti pantai; meluncur, terapi spa dan landskap kelab golf terbaik. Dibina di atas teluk, The Cape membawakan kehidupan pantai dalam gaya serba mewah kasual. Reka bentuk keseluruhan resort digalas sepenuhnya oleh pereka tempatan, Marisabel Gómez Vázquez. Setiap satu 161 bilik penginapan diberikan gaya abad pertengahan, kemasan jubin lukisan tangan menghala ke ruang teres peribadi yang dilengkapi buaian pantai. Bagi yang menginginkan rasa kulinari lokal, restoran Manta menawarkan menu tempatan dalam renjisan tunas rasa moden pan-pasifik seperti miso taco ikan, salad kaktus dan makanan laut. Tubuh yang lesu bisa dirawat cara tradisional mahupun moden di pusat spa resort. Jejaki persisiran pantai membiru, mendengar desiran ombak ditemani hembusan bayu dengan menaiki bot layar atau sekadar berehat di atas pasir putih. The Cape, Los Cabos di bawah rangkaian hotel Thompsons.

See also
Disebalik Tabir Filem CHANEL N°5

Tarikan : Kehidupan pantai, kelab golf dan aktiviti malam di bar dan restoran tempatan.