Datin X: Affair Bersama Lelaki Orang Di Luar Negara - Glam Malaysia

Datin X: Affair Bersama Lelaki Orang Di Luar Negara

Minggu lalu Datin X ke parti hari jadi anak kepada seorang sosialit cantik jelita. Ramailah orang besar-besar di sana yang Datin X kenal by reputation. Memang seronok betul kerja memerhati orang. Kebetulan orang yang sedang duduk di sebelah ini, memang Datin X kenal sangat. Kenal maksudnya biasa dengar cerita mengenai dirinya. Datuk Mariam. “Haih, I ni umur dah nak masuk 60. Entah bilalah nak merasa timang cucu sendiri?” Datuk Mariam mengeluh sendiri. Sampai hari ini belum lagi merasa menimang cucu walau anak tunggalnya sudah bertahun mendirikan rumah tangga. Katanya, pelbagai cara telah mereka usaha. Sampai ke luar negara minta pandangan doktor pakar untuk IVF. Puluh-puluh ribu sudah berhabis namun masih juga tidak berjaya.

Datin X faham sangat kerisauan Datuk Mariam. Anak perempuannya menantu kepada salah seorang usahawan ternama negara tapi gagal melahirkan zuriat. Bukan mahu mempersoalkan takdir, tetapi Datin X faham dengan situasi ini yang mengundang persoalan di kalangan ahli keluarga seterusnya masyarakat sekeliling. Ramai yang jadi penyibuk dan tidak kurang juga yang selalu berteka-teki mengenai anak lelaki Tan Sri itu yang kononnya ada ura-ura mahu berkahwin dua. Walau pahit untuk ditelan, tetapi itulah hakikatnya. Bila sudah masuk keluarga orang berharta, jika tidak seal the deal dengan kehadiran cahaya mata, susahlah nanti esok lusa. Dengar cerita, sekarang ini anak perempuan Datuk Mariam sedang merajuk dengan suaminya dan bawa diri ke London. Kasihan tetapi apakan daya.

See also
Kolaborasi "At Home With" Pertama H&M Home bersama Poppy Delevingne

Dalam pada mengelamun jauh mengenangkan nasib Datuk Mariam, Datin X tersedar dari lamunan apabila tiba-tiba tetamu semua menjerit kerana ada surprise. Datuk dan nenek kepada birthday girl muncul menyerahkan sebuah kotak biru muda. Bila dibuka, terserlah set rantai berloket dan subang berlian. Di tengah-tengah suasana bising, Datin X dapat mendengar Datuk Mariam bersuara. “Bertuah betul budak kecik tu…cucu kesayangan katakan. Nasib tok dan opahnya kaya raya,” ujar Datuk Mariam dengan mimik muka tidak berapa mesra. Datin X di sebelah sekadar mampu senyum kambing sahaja.

Ramai betul orang kita ‘melarikan diri’ ke London ya? Melainkan ada saudara atau kawan yang mahu dilawati, Datin X tidak akan sekali-kali pilih London sebagai destinasi untuk shopping atau bercuti. Simply because you bound to meet somebody familiar at every turn. Harrod’s dan Selfridges penuh dengan orang kita. Bukan Datin X menyombong, tapi malas betul bila terjumpa spesies manusia yang berselisih pura-pura tak kenal. Lagi menyampah bila bertembung dengan kawan yang ‘bertukar watak’ sebaik jejak negara orang. Di sini bertudung litup, sampai London tudung pun melayang. Di sini gaya Muslimah habis, tapi touch down saja Heathrow terus skandal menanti di arrival gate. Nama sahaja isteri orang tetapi makan luar. Apakah tiada secalit pun rasa bersalah dalam diri mereka?

See also
Joe Jonas & Sophie Turner Are Expecting!

Sebagaimana isteri-isteri orang bergelar yang lain, Nora memang pandai bawa diri di acara-acara sosial. Nora is everyone’s favorite. Ada saja cerita dia, memang seronok kalau diajak bersembang. Khabar angin yang mengatakan Nora ada affair dengan seorang businessman di London, sikit pun tidak mengejutkan. Sebab Nora memang pandai menggoda. She’s a real flirt dan tidak segan langsung untuk melepak hingga lewat malam bersama teman-teman suaminya di kelab golf. Lagi pun Nora sendiri masih muda; umur sekitar 30-an, baru ada anak dua tetapi cantiknya mengalahkan anak dara. Suaminya pula biasa-biasa sahaja, rendah dari Nora tetapi bisnes juta-juta.

Affair Nora seakan open secret. Ramai kawan-kawan tahu tetapi Datin X tidak faham apabila tiada siapa yang cukup peduli untuk memberitahu suaminya. Seolah-olah hubungan sulit itu suatu perkara biasa. Malah anak-anak Nora sendiri yang masih bersekolah tahu mengenai hal ini tetapi mereka juga bersekongkol sama dengan si ibu. Pandai pula upload gambar di Instagram tanpa kelibat kekasih ibu. Apa nak jadi? Setiap kali cuti sekolah, mereka tiga beranak akan ke London. Bapa hanya join setahun sekali kerana kesibukan jadual kerja. Jadi anak-anak berseronok dengan boyfriend ibu yang khabarnya memang pandai ambil hati. Bawa ke London Zoo dan sebagainya. Walau tiada gambar, tetapi ramai yang tahu dan pernah bersama-sama bertemu untuk lunch dan dinner. Hubungan sulit yang tidaklah begitu sulit. Persoalannya sekarang, apakah suami Nora memang betul-betul tidak tahu menahu atau pun buat-buat tak tahu? Hanya tuan punya badan ada jawapannya.

See also
Cara Meningkatkan Rasa Kekitaan dan Kesejahteraan

Bukan ramai wanita yang pandai dalam bab affair ni. Silap langkah, memang habis cerita. Satu gosip hangat yang sedang melanda sekarang ini adalah mengenai seorang wanita yang Datin X gelar Fiza. Dia ni walaupun bini orang tetapi sanggup tidur dengan bos sendiri yang sememangnya big shot yang amat dikenali. Bila Fiza dapati dirinya berbadan dua hasil hubungan terlarang, ramai menyangka yang Fiza pasti perang besar dengan suaminya. Mungkin ya dan mungkin tidak. Sebab Fiza masih mahu meneruskan kandungannya, pergi kerja seperti biasa dan suaminya langsung tidak berhasrat nak melepaskannya. Dengar cerita Fiza dan suaminya berhasrat ingin mendapatkan ‘pampasan’ dari bos tersebut. Jadi siapa yang tersilap langkah sebenarnya? Fiza atau bosnya?

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu September 2017