Ruang - Cipta Zon Peribadi - Glam Malaysia

Ruang – Cipta Zon Peribadi

Kamar beradu – ruang permulaan dan pengakhiran kehidupan setiap penghuni di kediaman. Mencipta ruang santuari perlu mengambil kira sudut pencahayaan, reka pelan dan material yang diingini. Jangan abaikan pemilihan kombinasi warna dan aksesori dalam mencipta bilik tidur serba mewah dan punya ‘rasa’. GLAM Deko himpunkan idea ruang kamar peribadi yang boleh menjadi inspirasi.

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

ZEN-TUARI

Zen, bahasa Jepun bermaksud meditasi. Interior berkonsepkan zen mencerminkan keseimbangan, keharmonian dan ketenangan. Latar serba minimal, warna-warna bumi seperti kelabu, coklat (nude), merah samar dan putih sinonim dengan konsep zen. Pilih perabot bergaris linear, praktikal dan polos. Reka letak setiap perabot dan aksesori juga tidak begitu kompleks, cukup serasi bagi yang mendiami ruang terhad.

 Kunci Gaya Zen

  1. Fabrik ringan dan lembut seperti linen, kapas atau wool untuk kemasan lembut termasuk langsir, sarung kusyen dan pemilihan cadar.
  2. Perabot dan aksesori diperbuat daripada material semula jadi seperti kayu atau buluh.
  3. Corak seperti geometri, abstrak dan flora dalam terapan skema warna monokrom metalik boleh dipertimbangkan.
  4. Minimalkan aksesori dinding seperti koleksi foto atau lukisan. Gantung hanya satu atau dua karya sahaja untuk lebih impak.
See also
Korner Mak Datin: Datin Gila Instagram!