Awkwafina Lakar Sejarah Di Golden Globe 2020 - Glam Malaysia

Awkwafina Lakar Sejarah Di Golden Globe 2020

Aktres Awkwafina atau nama sebenarnya Nora Lum telah melakar sejarah sebagai pelakon berdarah Asia pertama yang memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik-Muzikal/Komedi di Anugerah Golden Globe 2020.

Menewaskan nama besar seperti Cate Blanchett, Emma Thompson, Beanie Feldstein dan Ana de Armas, menerusi lakonannya sebagai Billi dalam filem The Farewell yang berdasarkan daripada kisah sebenar. Anugerah yang dimenangi Awkwafina adalah kemenangan tunggal bagi filem The Farewell mengisahkan tentang wanita berketurunan Cina-Amerika yang bergelut dengan identiti budaya semasa ingin melindungi neneknya (Zhao Shuzhen).

Awkwafina tampil elegan di Golden Globe 2020 dengan persalinan Dior Couture dan dihias mewah dengan berlian daripada Forevermark. Lebih menarik jari yang menggenggam trofi kemenangan dihiasi barang kemas berupa cincin ialah koleksi Journey daripada berlian Forevermark yang direka khas oleh DeGem Malaysia.

Berikut adalah lima fakta menarik mengenai wanita ini.

https://www.instagram.com/p/B6-pwiQJk2F/

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kematian ibu pada usia empat tahun.

Awkwafina dilahirkan di Queens, Amerika Syarikat. Bapanya seorang Cina-Amerika manakala ibunya pula berasal dari Korea Selatan. Namun ibunya meninggal dunia ketika dia berusia empat tahun dan dia kemudian dijaga oleh neneknya.

See also
Barisan Millenials Membintangi Kempen SS17 Dolce & Gabbana

https://www.instagram.com/p/Bowxx7ah0ni/