Sajian - Seleksi Menu Tempatan Fusion Untuk Hi-Tea - Glam Malaysia

Sajian – Seleksi Menu Tempatan Fusion Untuk Hi-Tea

Masterchef musim pertama berjaya melonjakkan nama Imelda Harris. Bermula sebagai pereka aksesori yang menggunakan batu-batuan dari Borneo, anak kelahiran Kuching, Sarawak ini masih kukuh bertahan dalam industri kulinari tempatan sehingga ke hari ini. Dia mengorak langkah lebih maju dengan kafe Hydeout Mont Kiara. Mengangkat konsep menu Barat dan tempatan fusion, Imelda tidak gentar mengetengahkan menu masakan Sarawak yang direnjis sentuhan moden.

Pelaksanaan menu di Hydeout dilakukan sendiri oleh Imelda bermula daripada pembuka selera, hidangan utama, aneka sandwic dan burger, hidangan sampingan dan pencuci mulut. Selain Hydeout, Imelda turut mengusahakan Canteen Skolah di Bukit Damansara yang menawarkan hidangan aneka lauk-pauk untuk makan tengahari. Berikut antara resepi yang dikongsi Chef Imelda.

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Hydeout Laksa Goreng

Bahan- bahan

#1 paket laksa beras

#250g daging cincang

#1 biji bawang Bombay dikisar

#3 ulas bawang putih dikisar

#2 sudu besar pes cili

#3 sudu besar sos tomato

#1 sudu besar kicap manis

See also
#StayHomeWithGD: 20 Tip Rumah Mesra Alam

#10 biji tomato ceri dihiris

#Daun ketumbar

#Minyak untuk menumis

#Lada dan garam secukup rasa

Cara menyediakan

  1. Tumis bawang Bombay dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga wangi. Masukkan pes cili dan tumis sehingga cili masak.
  2. Masukkan daging kisar dan masak sehingga daging sedikit garing. Masukkan laksa.
  3. Masukkan sos tomato dan kicap dan kacau sehingga rata. Masukkan tomato ceri dan perisakan mee dengan garam dan lada secukup rasa.
  4. Taburkan hirisan daun ketumbar untuk menghidang.