Pembunuh Kebahagian Dalam Diam - Glam Malaysia

Pembunuh Kebahagian Dalam Diam

Tidak dinafikan, kebahagian rumah tangga tidak mungkin dapat dicipta dengan khayalan mahupun kata-kata manis semata. Setiap pasangan suami isteri seharusnya tidak memandang enteng akan soal menjaga kesihatan mental kerana kehidupan yang sejahtera hadir apabila kesejahteraan mental tidak diabaikan.

Mencapai tahap kesihatan mental yang sempurna bukanlah sesuatu yang sukar. Pandangan dan sikap positif serta proaktif terhadap pasangan serta diri sendiri merupakan tunjang kepada kesihatan mental dalam perhubungan. Selain elemen kasih sayang, kejujuran dan keprihatinan dalam suatu perhubungan, intipati keharmonian perkahwinan dan kekeluargaan turut meliputi aspek-aspek komunikasi, rasa hormat terhadap satu sama lain, tolak ansur, serta mendidik di mana ia bersangkut paut pada kesihatan mental seseorang.

Usaha serta panduan yang tepat dapat menyinari kehidupan perkahwinan.  GLAM senaraikan beberapa faktor yang perlu dihindari agar kesihatan mental dapat mencapai keharmonian dalam perkahwinan dan kekeluargaan agar kebahagian terus menyinari kehidupan perkahwinan.

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

1.Masalah Komunikasi

Salah faham antara pasangan tercetus daripada komunikasi yang tidak berkesan. Memilih untuk memendam isi hati yang tersirat pastinya akan membentuk prasangka buruk terhadap pasangan anda. Ini menjadi faktor kepada keresahan serta kekurangan kepercayaan dan seterusnya membuat emosi terganggu.

See also
Love Is In The Air: Valentine's Day Edisi Selebriti