Pakej Istimewa Hari Persandingan Di 'Kahwin je Lah' Oleh Sunway Putra Hotel - Glam Malaysia

Pakej Istimewa Hari Persandingan Di ‘Kahwin je Lah’ Oleh Sunway Putra Hotel

Ekspo Kahwin je Lah kembali lagi dan kali ini, Sunway Putra Hotel turut menawarkan pakej menarik untuk semua bakal raja sehari dengan harga yang berpatutan serta pasti memuaskan kehendak hati anda dan pasangan. Bermula esok 15 November hingga Ahad 17 November 2019, dari pukul 11.00 pagi hingga 10.00 malam, anda semua boleh mengunjungi stan #25 dan stan #26 di Hall 2, Mid Valley Exhibition Centre, Aras 3.

Berikut adalah Pakej Resepsi Perkahwinan – MYR47, 500 bersih untuk 500 orang tetamu termasuk:

1) Buffet

2) Lokasi resepsi perkahwinan di Grand Ballroom, aras 9 Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur (gambar dilampirkan di pautan bawah emel ini). Di Grand Ballroom, mempunyai pentas kekal yang seluas 20 kaki (lebar) and 45 kaki (panjang).

3) Skrin LED percuma untuk digunakan pada majlis resepsi (caj seberanr adalah MYR12,000). LED skrin berukuran 9.6 meter x 5.76 meter

4) Kek lima tingkat untuk sessi memotong kek.

5) Dekorasi bunga di setiap meja tetamu di masa resepsi.

See also
Fokus - Pilihan Arkib Tekstil

6) Bridal suite untuk pengantin.

Untuk majlis bertunang dan akad nikah, harga untuk majlis adalah bermula dari MYR70 bersih untuk seorang tetamu di mana pakej ini termasuk:

1) Buffet (7 makanan dan dua jenis minuman panas dan sejuk- menu di bawah). Menu boleh ditukar mengikut citarasa dan baket pasangan.

2) Lokasi Majlis di Meet_On 35 (lokasi yang mempunyai panorama bandaraya Kuala Lumpur). Sekiranya mahu lokasi lain, terdapat 16 lokasi lain yang boleh dipilih.

3) Penginapan percuma 2 hari 1 malam untuk pasangan pengantin (alad nikah) di bilik Deluxe termasuk sarapan pagi di Coffee House, aras 9

4) Menu untuk majlis bertunang atau akad nikah.

Menu Bunga Rampai – Kari Laksa Nyonya, Nasi Goreng Kampung, Skewer Ayam Tandoori, Roti Jala, Wantan Udang, Kek Lapis Pandan, Buah-buahan, Kopi dan Teh, Kordial Oren

Menu Tepak Sireh – laksa Penang, Nasi Goreng Utara, Satay Ayam, Murtabak, bebola Sotong Goreng, Kek Lapis Keladi, Buaj-buahan, Kopi dan The, Kordial Sirap

See also
Destinasi - Modernisasi Rotan

5) Platform pelamin dan gubahan ASAS SAHAJA daripada pihak Hotel pada hari majlis bertunang ataupun akad nikah.