FARIZA SAKINA - Glam Malaysia

FARIZA SAKINA

Biarpun kedua ibu bapanya berasal daripada Sabah, Fariza Sakina dibesarkan di Kuala Lumpur namun tetap bangga menyatakan dirinya berasal daripada Sabah. Dengan kelulusan dalam bidang Sains Politik daripada University College London dan sebelum itu menamatkan pendidikan di Wycombe Abbey ternyata dia seorang yang begitu mementingkan pendidikan.Melihat dirinya sebagai tokoh korporat pada masa hadapan, Fariza amatlah bersyukur dengan cara dia dibesarkan kerana dilahirkan dalam keluarga yang rapat, sarat kasih sayang dan cinta untuk sesama mereka. Saat diajukan mengenai persoalan gaya dan stail pilihan jawapannya sangat menarik. Katanya, seperti karya seni, stail seharusnya menjadi refleksi personaliti seorang artis juga moodnya. Paling penting ia haruslah jujur dan begitu peribadi juga jangan jadikan diri hamba kepada fesyen. Kadang kala dia merasakan seakan gaya Grace Kelly dan mahu mendengar pada sentuhan muzik Frank Sinatra manakala pada hari lain jiwa rocknya terserlah dan memilih untuk mendengar dendangan Kurt Cobain. Yang penting dia tidak pernah mengikuti trend semasa dalam memilih padanan gaya.”

See also
ZAHIDA RAFIK