HOMEDEC 2019 Kembali dengan pilihan lebih bijak #HOMEDECISIONS - Glam Malaysia

HOMEDEC 2019 Kembali dengan pilihan lebih bijak #HOMEDECISIONS

HOMEDEC 2019 – gelanggang buat pemain industri interior, exterior, reka bentuk industri, rekaan perabot dan aksesori kembali dengan lebih 1, 200 booth pameran. Edisi HOMEDEC 2019 menawarkan penyelesaian terbaik buat rakyat Malaysia memilih barisan produk, kualiti dan perkhidmatan berserta tip, pengetahuan dan pendapat pakar sekaligus memberikan #HOMEDICISIONS lebih bijak.

Berlangsung selama 4 hari bermula 17 hingga 20 Oktober ini. pengunjung berpeluang menikmati tawaran terbaik – diskaun sehingga 70 peratus untuk barangan kelengkapan rumah dan barangan elektrik jenama terkenal. Malah, pada hari bekerja 17 & 18 Oktober Khamis dan Jummat, boleh dapatkan pakej istimewa Homedec’s Deal of the Day.

Anugerah Reka Bentuk dan Produk Inovatif HOMEDEC masih dikekalkan untuk membantu pemilik kediaman dalam membuat pilihan produk pintar cemerlang dan berkualiti seiring teknologi terkini.

Julung kali, HOMEDEC memperkenalkan Heroes Challenge – pertandingan transformasi lelaki biasa ke luar biasa (from zero to hero) dalam cabaran menggosok baju. Pemenang akan dilihat menerusi strategi dalam menggosok yang akan membawa pulang wang ganjaran utama RM3, 000, Laurastar Lift Extra Titan bernilai RM3, 6888 dan tentunya gelaran, “Heroes.” Maklumat lanjut di http://bit.ly/HOMEDECheroes2019.

See also
Hadiah Valentine's Day Paling Megah & Mewah Oleh Pasangan Selebriti

Pengunjung yang berbelanja sekurangnya RM150 dalam satu resit (RM100 untuk pemegang kad CIMB) layak mengambil bahagian dalam Peraduan HOMEDEC ‘Oh My Box’ dan berpeluang memenangi baucer tunai dan produk menarik bernilai lebih daripada RM300, 000. Bagi yang berbelanja menggunakan FavePay, layak menikmati rebat sebanyak 10 peratus. Pengunjung HOMEDEC juga layak mendapat potongan RM3 apabila menggunakan perkhidmatan MULA dengan kod promo “MUHDKL19”.=

Jalinan kerjasama dengan ESH membentuk HOMEDEC Mini Cinema membawakan hiburan berbentuk muzik dan tayangan menarik sepanjang pameran berlangsung. Pengunjung boleh bersantai sambil menghirup secangkir kopi dalam kemeriahan dan berpeluang memenangi televisyen 60 inci jenama Sharp.

HOMEDEC 2019 diadakan selama empat hari bermula 17 hingga 20 Oktober 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Maklumat lanjut di homedec.com.my

Slide untuk lihat gambar.

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse