Taking Matters Into Her Own Hands, Gigi 'Halau' Model Lain Di Pentas Peragaan Chanel - Glam Malaysia

Taking Matters Into Her Own Hands, Gigi ‘Halau’ Model Lain Di Pentas Peragaan Chanel

Gigi Hadid bukan saja ‘fierce’ di atas pentas, namun Gigi juga turut membuktikan dirinya seorang yang profesional. Ini berikutan penularan video Gigi ‘menghalang’ seorang party crasher yang menyerbu masuk pentas peragaan fesyen , Chanel yang berlaku baru-baru ini di Paris Fashion Week.

Foto: ALESSANDRO LUCIONI/GORUNWAY.COM

Turut berjalan untuk persembahan fesyen tersebut, semuanya bermula selepas seorang YouTuber ‘gila perhatian’ dari Perancis, Marie Benoliel, secara tiba-tiba berlari meluru masuk pentas peragaan dan berjalan di samping model-model lain ketika persembahan penutup. Kejadian tersebut nyata mengejutkan malah memperlahankan pergerakan model-model lain.

Foto: EPA

Foto: Reuters

Untuk pengetauan, Marie juga seorang komedian di Perancis yang memang terkenal dengan stunt ataupun prank di mana dia suka ‘menyertai’ peragaan fesyen tanpa dijemput semata-mata inginkan perhatian.

https://www.instagram.com/p/B3EhFW_lHe7/

Apa yang menariknya, Gigi yang terlebih dahulu berjalan di hadapan bertindak secara spontan menghalang Marie dan mengarahkan ‘wanita’ itu segera turun ke belakang pentas. Ternyata tindakan pantas Gigi menyelamatkan keadaan menerima pujian banyak pihak namun pihak keselamatan ketika pentas peragaan tersebut dikritik kerana tidak menarik Marie dari pentas.

Foto: https://www.standard.co.uk/

See, only Gigi can settled this craziness!  Way to go gigi! 

 

See also
Mengembara Bersama Louis Vuitton