Diari Deko - Katalog IKEA Baharu 2020 - Glam Malaysia

Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020

Bersempena dengan pelancaran Katalog IKEA yang baharu, IKEA  mengumumkan kempen sepanjang tahun bagi tahun 2020 bertemakan, “Make Home Count”, dengan tumpuan khusus kepada ruang kamar.  IKEA ingin membantu rakyat Malaysia memperoleh ketenangan dan keselesaan di ruang kamar beradu demi kehidupan harian yang lebih baik.

 

 

“Menerusi kempen ‘Make Home Count”, IKEA berharap dapat menginspirasikan rakyat Malaysia untuk memberikan keutamaan kepada tidur, dengan menggunakan penyelesaian kamar dengan rekabentuk dan penataan yang menarik, mampu milik dan lestari, selain menjadikan kamar sebagai santuari peribadi,” jelas Gerard Jansen, Timbalan Pengarah Runcit, IKEA Asia Tenggara.  

 

Jansen menjelaskan, “Di IKEA, kami percaya bahawa tidur amat penting bagi mengekalkan fungsi fizikal dan mental orang ramai untuk berfungsi secara berkesan, memiliki emosi yang terbaik dan menikmati kehidupan. Bilik tidur yang selesa dan dirancang dengan rapi adalah penting untuk mencapai matlamat ini. Namun kami akur bahawa orang ramai adakalanya menghadapi kesukaran untuk memulakan transformasi kamar, sama ada disebabkan oleh kekangan masa mahupun bajet. Oleh itu, untuk membantu rakyat Malaysia mengambil langkah pertama bagi melakukan perubahan yang positif, tumpuan kami yang pertama bagi kempen sepanjang tahun ini menekankan usaha melaksanakan perubahan kecil di kamar yang memberikan impak yang besar.”

 

See also
GLAM Deko Tips - 10 Barangan Perlu Dibuang di Kamar Tidur

Gerard  Jensen berkongsi tips pemilihan produk IKEA untuk mengindahkan penataan kamar beradu.

 

Mulai bulan September hingga Disember 2019, IKEA akan menampilkan perubahan di kamar beradu dengan panduan mudah – menggunakan tekstil yang berbeza, dan pada masa yang sama tidak membebankan dari segi perbelanjaan. Ruang pameran yang telah diberi nafas baharu di gedung-gedung IKEA –  IKEA Damansara, IKEA Cheras, IKEA Tebrau, IKEA Batu Kawan atau gedung dalam talian IKEA, memberi para pelanggan inspirasi yang baharu dan seleksi produk yang boleh diambil dan diterapkan di kediaman sendiri. Tahun ini ialah ‘resipi’ produk IKEA yang merupakan set produk lengkap yang mudah dan mampu milik, justeru membolehkan orang ramai melaksanakan perubahan yang besar di bilik tidur dengan nilai di bawah RM320.

 

Katalog IKEA baharu akan diedarkan ke rumah-rumah berhampiran gedung IKEA dan juga tersedia di IKEA.my/catalogue. Untuk menikmati promosi istimewa yang ditawarkan hanya untuk ahli, para pelanggan boleh mendaftar sebagai Ahli IKEA FAMILY secara dalam talian atau berkunjung ke kiosk IKEA FAMILY.

See also
Gelagat Boling Mariah Carey & Teman Lelakinya!