The Young & Restless YM Puteri Noor Afzan - in Royal Fashion

The Young & Restless YM Puteri Noor Afzan – in Royal Fashion

Teks SUZIE ADNAN Penata Gaya YANA BAHARUDIN Arahan Seni ZULKIFLI SULAIMAN Gambar ERIC/ BLINK STUDIO Solekan KHIR KHALID Dandanan YUSOFRUZAIMI

YM puteri Noor Afzan

Dalam keluarga diraja Pahang memang ada ramai puteri yang muda, cantik, bijak dan berjaya. GLAM Horologi pula memilih YM Puteri Noor Afzan Binti Datuk Sri Mohamad T Al-Ozeir sebagai penghias muka depannya untuk tahun ini. Mesra dengan panggilan Noor, puteri kepada YAM TENGKU PUTERI SERI LELA WANGSA PAHANG TENGKU TAN SRI HAJJAH MERIAM ini baru sahaja meningkat ke usia 22 tahun. Noor kini sedang menuntut pengajian Masters dalam Luxury Brand Management di London. Di umur semuda itu, kebanyakan gadis seusia masih mencari-cari akan laluan terbaik menuju ke masa hadapan. Noor pula berazam mahu membina bisnes sendiri berteraskan gaya hidup suatu hari nanti. “I’ve been really into the whole natural and raw healthy lifestyle. So hopefully I’ll venture into something relating to that. InsyaAllah.” Mesra dengan panggilan Noor, gadis berketurunan raja ini juga memiliki darah Lebanese mengalir dalam tubuhnya. “I’m half Lebanese but can’t speak Arabic (not proud of it)!”

Jumpsuit hitam, rantai Coco Crush motif quilted dari emas 18 karat bertatahkan berlian dan cincin Coco Crush. Semuanya dari Chanel.

Beraksi di hadapan kamera, Noor was obviously a natural. Jam-jam tangan Chanel J12 baru digayakannya sambil menyarung koleksi ready-to-wear Chanel terkini. Bersembang mengenai jam, Noor disua dengan soalan berkenaan masa. “Apabila bercakap mengenai masa, I immediately think of progression and growth. Bagi saya, masa itu adalah mengenai bagaimana diri sendiri dan orang di sekeliling berkembang serta memajukan diri. Saya bertuah kerana dikurniakan sistem sokongan yang hebat dan saya amat menghargai peluang dapat membesar di samping orang tersayang. Dan semakin usia meningkat, saya lebih mengenali diri sendiri dan visi saya makin jelas berkenaan apa yang saya ingini dalam hidup ini.” Mengakui yang dia kurang arif mengenai jam tangan dari segi teknikalnya, Noor walau bagaimanapun menggemari stail jam tangan yang bereka bentuk lebih klasik dan amat kagum pada ketinggian kualiti kerja tangan para artisan yang menghasilkannya. “Jam tangan mewah pertama saya adalah jam tangan yang paling saya gemari. Ia adalah jam  tangan Piaget vintaj milik bapa… bertali emas manakala muka jam pula berhias berlian. Saya asyik memujuknya untuk menurunkannya kepada saya sehinggalah dia akhirnya bersetuju! Haha!”

Turtle neck merah jambu, anting-anting dan cincin Coco Crush, semuanya dari Chanel.

Menilik halaman Instagramnya, Noor sememangnya rapat dengan sepupu-sepupunya. Sentiasa bersama untuk aneka acara. “I had the best time of my life as I was growing up. I mean, I’m still 22 and I still have a lot of growing up to do I’m sure… haha! Tetapi sebagai anak kecil, saya bertuah kerana hubungan keluarga kami memang amat rapat. Lebih-lebih lagi kami, antara sepupu, bertemu hampir setiap hari – dari saat belajar di sekolah sampailah sewaktu pulang ke rumah untuk bermain. Keluarga besar kami juga juga sering bercuti bersama-sama… sungguh menyeronokkan!” Bapa Noor yang berdarah Arab, agak tegas dalam membesarkannya dan menegahnya dari melakukan pelbagai aktiviti yang biasa dilakukan oleh remaja lain. “Memikirkan mengenainya hari ini, saya rasa beruntung kerana ibu bapa membesarkan saya dalam suasana sebegitu. Ia secara tidak langsung membentuk diri saya sebagai individu dan menjadikan saya lebih berdikari, lebih peka dengan apa yang lebih penting dan nilai-nilai yang baik.”
Apabila menyentuh mengenai keluarga dan bapa, Noor menyatakan yang dia turut amat terkesan dengen pemergian Almarhum datuknya, Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah pada penghujung Mei lepas. “Almarhum seorang yang merendah diri dan penyayang. It’s a great blessing to have been able to grow up having him as my grandfather. Beliau mengajar kami nilai-nilai kemanusiaan yang membentuk kehidupan kami hari ini, seperti selalu beringat untuk menjauhi sifat sombong dan dahulukan orang tersayang dalam setiap perkara. Beliau juga sering mengingatkan kami akan peranan masing-masing, jangan sekali-kali membelakangi nilai keagamaan… and of course, to have a sense of humor too!” Di kala senggang, Noor gemar menghabiskan msa di dapur untuk memasak resepi baru. Sekarang ini saya sedang cuba menghasilkan pelbagai jenis pemanis mulut dari Lebanon. My dad is definitely loving it, he’s my number one food taster.” Jika diberi pilihan untuk memilih destinasi percutian, Noor tentu sekali akan memilih lokasi berpantai. “Redang antara kegemaran saya. Tiada apa yang lebih menyenangkan dari menghabiskan masa bersama-sama teman-teman rapat serta keluarga, jauh dari hiruk-piruk kota. Selain dari itu, saya suka kembali ke rumah kedua saya di Lebanon yang juga terletak di kawasan persisiran pantai.”

Jam terbaru J12 Chanel hitam dan putih diperbuat dari seramik bermutu tinggi dan steel. Keduanya bercaliber 12.1 gerakan self-winding.

 

See also
GLAM Life: Azy Aziz

Dari segi penampilan dan cara, Noor jelas sekali amat berminat dengan fesyen. Katanya dia penggemar stail yang ringkas tetapi up to date. “I definitely wouldn’t call it trendy. I’d say I stick to a more classic laidback style. Saya selesa dengan helaian monokrom, terpulang kepada mood dan suasana… I like to change it up between a street syle vs preppy vibe.” Untuk penampilan harian, Noor selesa dengan jenama high street seperti Maje, Pinko dan Zara. “Namun untuk kasut, pilihan pertama saya adalah Gianvitto Rossi. Selain daripada itu, saya amat berminat mengikuti rekaan-rekaan indah pereka Lebanon seperti Zuhair Murad dan Elie Saab. They’re just too beautiful not to admire, and of course you have Chanel, which never disappoints.”
Bagusnya media sosial kerana ianya mengetengahkan isu-isu kemanusiaan yang tidak diberi liputan meluas media. Contohnya seperti di Palestin dan Sudan, di mana terlalu banyak pertumpahan darah berlaku dan dunia harus bertindak cepat dalam memberi bantuan. Dengan adanya media sosial, kita semua menjadi bertambah prihatin dengan situasi sekeliling dan mampu untuk bersama menjadi proaktif dalam akaun sendiri.”

See also
David Beckham & Biotherm Homme Hasilkan Koleksi Penjagaan Wajah Terbaru


Sebagai generasi baru yang bakal melakar sejarah baru, Noor tidak gentar untuk bersaing. Dan bergelar wanita muda di era moden, dia mengakui cabaran itu pasti ada. “It bothers me how women are always under so much scrutiny and pressure as oppose to men or even in general. Maksud saya, situasi sebegini ibarat suatu norma dalam masyarakat semasa namun walaupun dengan kebangkitan media sosial, it has definitely not gotten any easier.” Wanita juga sering kali dibelenggu dengan stereotaip dalam beberapa fasa hidupnya. Misalannya perancangan untuk mendirikan rumahtangga, memulakan keluarga dan pelbagai macam lagi expectation lain. Noor pula percaya yang semuanya bergantung dengan tuan punya badan. “Ikhlasnya saya berasakan, segenap keputusan perlu datang daripada diri sendiri. Jika anda rasa anda memerlukan timeline bagi mengecapi sasaran peribadi, itu terpulang. Kerana sesetengah orang memerlukan suatu jenis perancangan berstruktur. Tapi bagi saya pula, walaupun bunyinya agak klise, saya percaya pada perancangan Tuhan. Sabar itu perlu dan percayalah yang segalanya akan berlaku sebagaimana yang sudah dicatatkan olehNya.”
Tambah Noor, wanita tidak perlu berasa tertekan dengan persepsi umum kerana setiap orang melalui hidup dalam keadaan berbeza-beza. “We aren’t robot clones!”
Noor mengambil sikap terbuka dan berharap yang terbaik untuk diri dan keluarganya. “Saya cuma berdoa untuk sebuah masa depan yang bahagia dan berjaya. I don’t believe in regrets, I think everything that happens. Baik atau buruk, is a life lesson learnt. Dan di fasa hidup saya kini, ada banyak lagi perkara yang saya ingin lakukan. I’m still 22 and still have much to experience and live through.”

See also
Parti Alia Bastamam