Lucky Ladies! Kenali Suami-Suami Tampan Selebriti Wanita Popular Tanah Air - Glam Malaysia

Lucky Ladies! Kenali Suami-Suami Tampan Selebriti Wanita Popular Tanah Air

Ramai selebriti wanita Malaysia kini bahagia bergelar isteri kepada lelaki pilihan masing-masing. Dan lebih mengagumkan apabila mereka yang sememangnya jelita dan punyai personaliti menarik turut dikurniakan pasangan yang kacak sebagai suami masing-masing. Jadi tidak hairanlah, aksi pasangan ini di media sosial menjadi tumpuan dan disukai peminat yang ingin perkahwinan mereka bertahan selamanya.

 

Ternyata peminat gembira dan mendoakan kebahagiaan mereka. Tanpa membuang masa, ini dia barisan suami kacak selebriti artis wanita Malaysia.

1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. LANA NODIN & DAVID MCKIENZIE

Pengumuman mereka menjadi bualan hangat memandangan Lana sendiri tidak pernah lekang dari kontroversi serta imej seksi yang sering diketengahkannya. Dalam diam Lana menjalin cinta dengan ahli sukan dari Amerika ini dan terus berkahwin pada 25 Mac 2015.

David juga telah mengambil nama Mohd Daud dan memeluk Islam atas dasar cinta kepada aktres ini. Kini mereka bahagia bersama keluarganya dan anak perempuan mereka, Gia Quinn Mckienzie serta anak kedua mereka, William Daud McKienzie. Walaupun anak kedua mereka tidak sihat sejurus dilahirkan, namun ia dilihat mengutuhkan lagi kasih sayang antara mereka.

Foto kredit: http://www.utusan.com.my