Rahsia Bulu Mata Lebih Menawan Dan Lentik Hanya Di FabuLash - Glam Malaysia

Rahsia Bulu Mata Lebih Menawan Dan Lentik Hanya Di FabuLash

FabuLash, pusat kecantikan pilihan selebriti popular kini terus memperkasakan jenamanya dengan pembukaan cawangan kedua yang berpengkalan di lot 25A, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.  Jika anda pelanggan setia FabuLash, pasti anda kan selalu berkunjung ke spa kecantikannya yang terletak di Desa Park City. Pengarah Pemasaran FabuLash, Hi Yin Pink berkongsi bahawa pembukaan cawangan kedua ini sebagai merealisasikan misi dan visi syarikat untuk menjadikan FabuLash satu jenama pilihan wanita di Malaysia.

 

 

Kecantikan menjadi modul perniagaan FabuLash untuk mempromosikan keyakinan diri terhadap wanita dengan menyediakan perkhidmatan lash extension dengan pengalaman luar biasa. Kepakaran FabuLash tidak terbatas pada lash extension saja tetapi juga manicure, pedicure, waxing dan henna yang selamat untuk kamu.

 

 

Kamu juga tidak perlu bimbang kerana perkhidmatan di sini dijamin selamat dan halal digunakan. FabuLash adalah satu-satunya di Malaysia yang mempunyai sijil dan diiktiraf oleh Persatuan Nailist Jepun. Jangan risau kerana servis setiap perkhidmatan adalah berpatutan, bagi memastikan kamu dapat merasai pengalaman indah di FabuLash.

See also
Rahsia Minyak Muka The Body Shop Oils of Life

 

 

Antara selebriti tempatan popular yang merupakan pelanggan tetap Fabulash adalah Nabila Razali, Nabila Huda, Janna Nick, Zara Zya, Datin Nina Juren, Noryn Aziz, Bella Astillah, Shila Amzah, Nina Iskandar, Ernie Zakri, Tiz Zaqyah, Eira Syazira, Erin Malek, Syamim Farid, Mimi Fly, Cassidy, Elisya Sandha dan ramai lagi termasuk influencer media sosial terkenal. Kamu pun boleh dapatkan bulu mata secantik mereka di sini.

 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 11 April 2019