The Women About Town: Cristina Suzanne, Nadia Aqilah, Ruzana Ibrahim dan Sharifah Amani
KEMBARA SECARA SOLO, BERIRING DENGAN ENTOURAGE ATAU BERSAMA TEMAN-TEMAN RAPAT, WHAT KIND OF GLOBE-TROTTER ARE YOU? THE WOMEN ABOUT TOWN DIUNDANG GLAM UNTUK MENYINGKAP MEMORI PENGEMBARAAN MEREKA JUGA BERKONGSI TIP MERENCANA PERCUTIAN TERINDAH.
Lokasi penggambaran menjadi tumpuan lima kumpulan wanita dari pelbagai latar belakang juga profesion. Geger studio dibuatnya dengan gelak tawa bersulam canda riang mereka. Menghimpunkan kesemua 19 wanita bukanlah senang. Namun, kesemua mereka mesra sekali didampingi dan mudah diajak bicara. They’re totally enjoying themselves, that’s for sure. Penggambaran bermula seawal sembilan pagi. Himpunan busana musim luruh/sejuk 2016 sedia tergantung menunggu masa untuk digayakan para wanita urban ini. Hari dimulakan dengan kehadiran kumpulan pertama yakni barisan pelakon terkenal tanah air, Cristina Suzanne, Nadia Aqilah, Ruzana Ibrahim dan Sharifah Amani. Kemudian beralih kepada dua kumpulan wanita muda, Aina Syahirah, Bahiah Zulkifli dan Julie Anne Kang. Sementara Yaya Zahir pula hadir bersama teman rapatnya, Fatin Aziz dan Zirra Azim. Sebelah petang pula Putri Azalea dan saudara kembar, Putri Yasmin tampil bersama Nora Danish, Alia Alizar dan Faralisa Adril. Ratu Cantik, peragawati dan aktivis Thanuja Ananthan bersama adinda kembar, Anuja Ananthan dan rakan karib Carey Ng juga Manisha Jagan menutup tirai penggambaran personaliti GLAM hari itu.
Studio kecoh dengan rencam cerita perihal kembara dan adakala bualan mengundang polemik hangat dengan topik pengembaraan. Sememangya kembara dan liburan meski sama makna tetapi berbeza penghayatannya. Seperti kata Cinta lakonan Dian Sastro dalam filem Ada Apa Dengan Cinta 2, “Traveling is not about the destination, but it is about the journey.” Mendalami ungkapan itu, pengembaraan lebih bersifatkan adventure lagi peribadi kerana inti sari kembara yang spontan dan penghayatannya lebih mendalam dengan pelbagai kejutan. Mereka ini mahu mendekati budaya dan menggali sejarah tempat yang dilawati dan bergaul akrab dengan warga setempat. Pengembara perlu menimba ilmu dan pastinya berjiwa bebas. Manakala seorang pelancong biasanya telah merencanakan liburan mereka dengan membuat program serta telah mengenal pasti apa yang ingin dilihat, tempat mana yang mahu dilawat dan tentunya menyelit acara beli-belah atau makan-makan di restoran terkemuka di tempat tersebut. Lalu, yang dinikmatinya adalah objek wisata dan bukan penceritaan perjalanannya.
CRISTINA SUZANNE Anak kedua daripada tiga beradik ini dilahirkan di Johor Bahru. Ibu berasal dari Pahang, ayahnya pula dari Texas, Amerika. Selesa menjadi pengembara atau pelancong? Crisse memintas, “I’m a traveller. Barulah kita menghargai erti sesebuah pengembaraan itu. Sebagai seorang light traveller, saya tidak suka menjinjit barang di tangan kerana rasa diri seakan tersekat lantas tiada kebebasan untuk bergerak. Saya akan pastikan beg bagasi mampu mengisi semua kelengkapan yang bakal dibawa. Juga bagi mengelakkan barang tercicir, ibu selalu berpesan agar bawa beg sendiri dan jangan sesekali bergantung pada orang untuk membawanya kerana khuatir ada yang hilang nanti.”
Memori pengembaraan yang senantiasa terpahat di ingatan adalah kala berlibur di Seychelles. “Seychelles, The Paradise Islands! It’s like eight days as in a dream. Hidangan piza mereka lazat sekali, biarpun hanya dijual di kaki lima. Nothing fancy of course. Yang penting harganya berpatutan dengan rasanya yang lazat. Sambil makan piza, diri dibelai bayu laut dengan lautan yang terbentang luas. Bersinar mempesona bak kilauan kristal, pasirnya halus, putih tidak terbanding dengan pulau lain yang pernah dilawati. Jajaran pohon kelapa yang melambai ditiup angin laut sungguh mengasyikkan terutama pada waktu malam. Panorama alam di sini amat mempesonakan.”
NADIA AQILAH Penglibatannya dalam arena hiburan bermula usia 14 tahun. Nadia punya kumpulan nyanyian bergenre R&B Hip-Hop bernama Luscious. Kini dia aktif berlakon baik untuk siri drama, filem dan tentunya antara pelakon yang aktif di gelanggang teater. “Saya mengambil masa bertahun lamanya untuk memahami akan kepentingan dan konsep travelling light. I’m almost there, I guess it’s smarter to make sure your bag is not too heavy,” tutur Nadia bersungguh sambil ketawa. Katanya lagi, “Kurangkan membawa produk cecair, ya benar wanita punya rejim kecantikan namun kita ada alternatif lain. I would bring coconut oil and use it as moisturizer, lotion, makeup remover, and even tanning oil.
“Memori percutian terindah terlalu banyak! Antaranya adalah kembara solo ke Basel, Switzerland untuk bertemu dengan teman rapat arwah ibu. Saya selalu memberitahu kepada rakan adalah penting untuk memahami dan punya kesabaran yang tinggi kala mengembara. Jika tidak dapat mencari travel buddy yang baik, might as well just do it alone. Wake up early, stash extra cash and don’t use it until you really need it, meet the local people, eat their food, on your last day, finish your cash with no regrets!”
SHARIFAH AMANI “Menelusuri kota Tokyo bersama Allahyarham Yasmin Ahmad merupakan pengalaman terindah. By far is the best memory kerana kala itu sedang musim Sakura. Keindahan flora yang tiada tandingan dan yang paling tidak dapat dilupakan adalah bila kami berdua menyarungkan baju kurung and taking Tokyo down!” kata Sharifah Amani memanjatkan rasa syukur. “Daun, batu dan ranting adalah antara item yang saya kumpul daripada setiap percutian. Disimpan rapi di dalam kotak kecil, ia membingkis setiap memori yang terbina. Alhamdulillah sehingga ke hari ini saya masih boleh ingat dan mengenal pasti dari mana mereka datang.”
“An open heart is an open mind, adalah tip yang terbaik daripada saya. Melihat akan dunia baru yang berbeza kaum, agama dan budaya menghanyutkan saya kepada keindahan dunia ciptaan Allah. Travelling to me is very spiritual. It’s your own energy that you bring. Jika anda memberi energi yang positif maka, ia berbalas positif. Terpahat rapi di dalam senarai destinasi impian adalah untuk melihat tujuh keajaiban dunia, baik dari zaman purba atau moden. Saya mahu pergi dan meneliti akan keunikan sejarah dunia. Machu Picchu is my ultimate goal,” terang wanita genit ini.
“The craziest thing that i’ve done while traveling is I tend to perform my monologues anywhere that I go. Menjelajah untuk dokumentari travelog dari Perancis ke Itali saya persembahkan monolog Melayu hasil karya Nam Ron. Bertajuk Aku Nak Jadi Bintang di dalam hujan saya mendeklamasi dikelilingi suasana purba era pertengahan di Aosta, Itali.”
RUZANA IBRAHIM Mula menjejakkan kaki ke dunia hiburan di samping Nadia Aqilah dan Shafinaz Mokhtar. Mereka menyertai pertandingan Gang Starz sebagai trio yang memperdengarkan genre R&B Hip-hop. Kemudian Ruzana mewarnai dunia lakonan tanah air dengan memegang watak utama sebagai Sukma menerusi drama popularnya Pesona Sukma. “Kala bercuti saya merupakan penjelajah yang sukakan cabaran,” jawabnya girang. “I absolutely love travelling. I would consider myself to be adaptable and accommodating to environments. Di luar sana, saya suka melihat keindahan langsung memeluk mesra alam ciptaan-Nya. Meneroka pelbagai budaya membuatkan diri ini menghargai erti sebenar kehidupan. Saya seorang yang agak last minute packer. Tetapi jika sudah dirancang lebih awal dan tidak sabar untuk berlepas, saya akan pastikan semua keperluan perjalanan dibawa dengan membuat senarai semak. From toiletries, to clothes, to handphone charger, necessary devices, important documents like passport and travelling itinerary.”
“Membuat keputusan spontan untuk backpacking pertama saya ke tanah eksotik India. Negara itu merakam memori terindah. Mekah adalah salah satu destinasi idaman selain bungee jumping di New Zealand dan bermalas-malas di persisiran laut Caribbean. Saya juga mahu melihat haiwan liar di Afrika. I actually choose to travel the world to see and experience things rather than shop.”
THANUJA ANANTHAN I’m absolutely not a light packer.” Ratu Cantik merangkap selebriti dan aktivis jujur membuka rahsianya. “I love my fashion! I pair my clothes accordingly to the weather prior lots of research about my destinations. Kelengkapan dandanan diri tidak pernah dilupakan. Sepasang kasut sneaker dalam dua rona hitam dan putih, fancy dress dan jaket yang selesa adalah kemestian dalam bagasi saya.”
“Pertandingan Miss World di Afrika adalah memori terhebat. There was nothing like being close to wild animals on my safari adventure! Tip saya menjelajah safari adalah membawa sama kot hujan dan jaket adang angin kerana cuaca di tanah Savana tidak menentu.” Berbicara soal haiwan, saya bertanyakan mengenai cara peliharaan haiwan di luar negara, “Ia bergantung pada mana negara yang dituju. Jika ke negara maju, anda tidak akan dapat melihat haiwan berkeliaran tanpa pemiliknya kerana hak asasi haiwan dipantau rapi. Manakala di negara yang kurang maju kita boleh lihat banyak binatang terbiar di jalanan.
“Mengimbas kembali penerokaan di bumi Afrika, meredah ribut, bermain dengan hujan dan mendekati gajah liar adalah antara kerja gila yang pernah saya buat! Destinasi idaman saya adalah meneroka bumi unik Amazon dan kembara ke Timur Afrika. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk merakam program travelog. I tick off bucket lists in the process of which is great! Walau bagaimanapun, agak sukar untuk menikmati destinasi sepenuhnya apabila bekerja. Jadi, selesai rakaman saya mengambil beberapa hari tambahan untuk meneroka dan menghayati setiap keunikan tempat yang dilewati.”
MANISHA JAGAN “Saya merupakan pengurus artis dan pemilik agensi MTalent Asia,” jelas Manisha mengenalkan diri. Selain keindahan alam dan rupa bumi Australia, Manisha memilih New York sebagai destinasi kegemaran, “Saya pernah ke New York beberapa kali. Saya teringin untuk bekerja dan tinggal di sana. Kota itu sungguh bertenaga, sarat seni, makanannya enak-enak belaka dan warganya sangat energetik. Saya juga memuja keindahan Itali yang sarat seni renaissance, fesyen dan muzium. I’m a practical traveller. I used to be horrible at packing, I’m much better now and prefer travelling light. Stail dan keselesaan harus dipadukan bersama kala meneroka keindahan negara orang.”
“The funniest travel story, erm… Oh yaaaa. Kejadiannya sewaktu kembara solo saya ke Vietnam tahun 2014. Sebagai seorang vegetarian dan di Vietnam tidak ramai yang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. I had to print out some google translated words like ‘no egg’, ‘no meat’, ‘no fish’, vegetarian and more to carry in my bag so I could try out some vege street food. It helped alot!”
Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu September 2016