Che Puan Sarimah Ibrahim Kongsi Kisah Cintanya Bersama Orang Istana

Che Puan Sarimah Ibrahim Kongsi Kisah Cintanya Bersama Orang Istana

Tujuh tahun dulu, GLAM mendasari hatinya sebagai wanita solo yang berdikari. Hari ini, nadi YM Che Puan Sarimah Ibrahim berdegup hanya untuk merasai manisnya cinta bersama suami, Tunku Jamie.

 

Sudah lama tidak mendengar cerita Sarimah Ibrahim. Kali terakhir, dia mengendalikan rancangan Akademi Fantasia sebagai hos sebelum ‘menghilangkan diri’ dari dunia pengacaraan. Nama Sarimah mulai kembali meniti di bibir para peminatnya tatkala dia mengumumkan perkahwinannya dengan kerabat Diraja Negeri Sembilan. Hari ini Sarimah sudah jadi orang bergelar. YM Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi kisah percintaannya istimewa buat pembaca
GLAM bersempena Februari sebagai bulan cinta.

 

Kisah pertemuannya dengan YM Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar (atau mesra dengan panggilan Tunku Jamie) begitu romantik sekali. Berjam-jam lamanya saya bersembang dengan merpati dua sejoli ini, sehinggakan kami tidak sedar yang restoran hampir mahu ditutup malam itu. Yang pasti, saya menjadi saksi kehangatan cinta antara Sarimah dan Tunku Jamie. So much love from the both of them!

 

TIGA TAHUN PENUH CINTA Sarimah teruja menceritakan bibit asmara yang termeterai antara dia dan lelaki pilihannya yang kini menjadi teman hidupnya. Pertemuan antara Tunku Jamie, dan Che Puan Sarimah bukanlah suatu yang dirancang. Pertama kali bersua pada majlis yang dianjurkan teman mereka. Dua insan ini saling tidak mengenali antara satu sama lain, tetapi keduanya terpana saat mata bertemu. Mereka berdua mula berbicara dan kedua-duanya seakan dapat merasai getaran cinta yang mengaliri hati. Perbualan menjadi rancak apabila satu persatu persamaan antara mereka terbongkar. Antaranya Sarimah bersekolah asrama begitu juga Tunku Jamie dan kedua pasangan ini adalah anak sulung dari empat beradik. Lebih seronok hari lahir Sarimah jatuh pada 19 Februari dan Tunku Jamie pada 20 Februari. All these coincidences in their lives, making them feel an even stronger connection.

 

Saya geli hati mendengar celoteh Sarimah mengenai Tunku Jamie sewaktu mahu melamar dirinya. Waktu itu Sarimah dan keluarga Tunku Jamie ke Bali untuk menyambut harijadi adindanya. “Kala itu saya sedang membaca buku, pelik juga saya melihat dia ke hulu ke hilir dan pergi ke tandas agak lama. Kemudian dia muncul dan masih mundar-mandir. Akhirnya pada jam empat petang, he popped the question, dan dia menggeletar! Ya Tuhan… kerana itulah saya amat cintakan Jamie, he is such a loving soul dan ketulusan hatinya bukan dibuat-buat. Susah nak cari lelaki budiman dan baik seperti dia hari ini. Of course I said yes!”

Sarimah sendiri hairan yang dia boleh menerima Tunku Jamie dalam hidupnya. “Jujur saya kata sepanjang hayat saya, tidak pernah sekalipun saya berpacaran dengan lelaki Melayu, kerana saya tahu mereka tidak akan faham saya. Kegagalan perkahwinan pertama saya banyak mengajar saya erti hidup sebenar. Dan hari ini, suami yang saya cintai ini seakan menyuluh cahaya cinta ke segenap rongga jiwa raga saya. Benarlah kata pepatah Inggeris, I had to kiss a few frogs before I met my Prince Charming. Dan tak sangka Prince Charming saya berbangsa Melayu!” ujarnya disambut dengan her contagious laugh.

See also
GLAM Weddings: Nelydia Senrose

 

So Tunku, she’s in the limelight, all eyes are on her, pernahkah perasaan cemburu bertamu di hati? Saya menembak soalan ini kepada Tunku Jamie, “Yes, tell her honestly sayang…” Sarimah mengusik nakal pada suaminya. “Bohonglah kalau saya kata tidak ada tetapi saya mengerti itu adalah fitrah perkerjaannya. Jika saya cemburu saya akan beritahunya dengan lembut. Saya faham terkadang itu dia sendiri pun tidak dapat mengawal situasi peminat fanatik,” jawab Tunku Jamie.   

 

Definisi bahagia yang sebenar bagi Sarimah adalah sentiasa ada connection. Dalam hati kena sentiasa berkata, “Inilah kawan baik aku selama-lamanya.” Bukan sekadar di bibir, “Ini suami aku, ini isteri aku,” Bila anda tahu itulah kawan karib anda untuk selama-lamanya , akan timbul perasaan takut untuk kehilangannya. Tambah Sarimah lagi, dia paling benci dengan mereka yang tidak jujur, jadi dia dan suami sentiasa berterus terang dalam apa jua konteks. Bersikap jujur menjadi rukun penting dalam kehidupan berumah tangga. Bercerita tentang menjaga selera suami, Sarimah mengganggap dirinya bukanlah conventional wife.

“Kami hanya berdua, jadi makan luar sudah menjadi rutin. Untungnya saya, Jamie suka masakan Itali, and that is what I cook the best! Alhamdulillah. Saya pandai juga masak kuning (lemak cili api) dan masak kurma ayam yang diajar ibu sejak kecil lagi. Tapi saya terperanjat kerana Jamie tak tahu makan masakan Melayu! Katanya, “No sayang, I can’t eat pedas food!” Apa lagi, berderailah saya dengan tawa. What a statement! Orang Negeri Sembilan tak makan lemak cili api? Kalau zaman dating dulu, order chicken chop saja. Saya yang Mat Salleh keturunan Ireland ini pun order nasi! Tetapi saya berjaya mengubah selera Jamie, membuatkan keluarga dan teman-teman karibnya terkejut. Dan Alhamdulillah sekarang ini dia mula suka lauk pauk Melayu.”

 

Siapa kuat merajuk? “Oh, betul you nak tahu? Tunku Jamie! Orangnya pendiam, jadi bila merajuk itu sama ada dia akan diam atau mengamuk sikit. Saya rasa dia saja cari fasal dengan saya. Haha! Lucunya dia kalau merajuk, masuk bilik. Tapi tak lama… lepas itu dia akan keluar bilik cari saya. Saya pun boleh tahan tak suka pujuk dia! Jamielah yang selalu pujuk saya. Dia akan leburkan amarah saya dengan memeluk saya sambil berbisik, “Hei sayang, I’m sorry… everything is gonna be okay.” Kalimat itulah yang akan mencairkan saya! Masalah saya adalah terlalu suka bertanya, kadang-kadang kerana terlalu banyak bertanya kami akan bergaduh. Well that’s my profession, I’m a host for all my life and I tend to ask questions most of the time sehingga terbawa-bawa ke dalam perkahwinan dengan interview suami pula.” “Yes, I’m always on a live TV show,” jawab Tunku Jamie menyambut gelak tawa si isteri. Tunku Jamie pernah tak gagap jawab soalan interview you? Saja saya mengusik, “Kadang-kadang tergagap jugalah!” kami bertiga ketawa membuatkan suasana restoran malam itu kian gamat.

 

Sarimah berterus terang sejak daripada dulu dia bekerja keras. Duit hasil titik peluhnya dilaburkan untuk kembara dunia dan aktiviti mencabar. Dia tidak akan melabur kepada Chanel, keranan kebutuhannya hanya mahu merasai momen indah dengan dunia. Wanita ini pernah melakukan sky diving solo sebanyak tujuh kali. Dia juga gemar memesrai alam fauna di pulau-pulau selain kerap melakukan pelbagai lagi aktiviti ekstrem. “Ya saya agak berani untuk aktiviti mencabar. Suami saya, he is braver than me when shopping. Kalau dulu, kala lalu di depan Harrods, saya hanya berkata, “Oh, inilah kedai Dodi Al-Fayed,” dan terus berlalu mencari aktiviti dan tempat menarik untuk dilawati. Dengan Jamie, dia bawa saya tour satu Harrods. He’s a big spender. I still prefer him to buy experiences for me. Bukan mengejar beg musim terbaru. Fashion has never been my thing. I chase experiences. I’m not brand conscious, I am experience conscious.”

See also
Nina Ismail Sabri Merungkai Dunia Perniagaan Dengan Cara Sendiri

 

Sarimah dan Tunku Jamie akui yang mereka berdua obses dengan suara Anuar Zain. Dan mereka tidak akan melepaskan peluang ke konsert Anuar Zain. “Sebenarnya Jamie ni, dia tak kenal sangat pun artis-artis Malaysia, termasuklah saya sewaktu pertama kali kami berjumpa. Cuma dia pernah beritahu saya, “Sayang I like this Hari Raya song, Kain Pelekat.” Saya yang memang peminat fanatik Anuar apa lagi, jackpot! Terus saya bagi suami dengar lagu-lagu hit Anuar sekarang dan ternyata dia jatuh cinta dengan vokal mantap Anuar. Kalau karoke lagu wajib Jamie sekarang, ‘Keabadian Cinta, Ketulusan Cinta dan Sedetik lebih”

 

FITNESS BUDDIES Dirinya amat pentingkan kesihatan, kerana bagi Sarimah itulah resipi kebahagiaan sebenar apabila memiliki tubuh badan yang sihat. Bersenam sudah menjadi perkara wajib dalam hidup wanita ini, jadi sebaik berteman dengan Tunku Jamie, dia banyak menyuntik semangat kepada Tunku Jamie untuk tukar kepada gaya hidup sihat. Kini sudah menjadi rutin suami isteri ini bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

 

“Ayat pertama saya kata pada suami, if you want to date me, you have to go to the gym. Knowing Jamie, dia memang manja dan bagi 1001 alasan. Itu sakit, ini sakit, tetapi saya bertegas. Mula-mula itu dia berasa terpaksa, tetapi setelah melihat hasilnya, dia jatuh cinta dengan fitness. Bayangkan dia hilang 7kg! Kalau betul kita sayang pasangan kita, we will look out for one another. True love is when you want to help them to improve their lives. Saya selalu cakap pada Jame, “If something happens to you, what’s gonna happen to me? I want you to live long,” kata-kata itulah yang menjadi pembakar semangat Jamie untuk terus cintakan fitness setiap hari!”

 

KEMBALI MENGHADAP LENSA Sarimah menjangkakan yang kehidupannya selepas berkahwin adalah melayani suami dan mengembara dunia. Tetapi sangkaannya meleset apabila Tunku Jamie memberi kad hijau kepadanya untuk terus mengejar kecintaannya dalam dunia pengacaraan. Tunku Jamie sendiri yang memberi cadangan agar Sarimah kembali aktif dengan dunia pengacaraan kerana dia mahu melihat isterinya sentiasa bertenaga mengisi waktu dengan kerja. Bagi Tunku Jamie, her drive and passion for work is sexy!

See also
Kenali Sanna Marin, Perdana Menteri Termuda Dunia

 

“Semua yang mengenali saya tahu Sarimah Ibrahim sentiasa menghambakan diri kepada kerjaya. Tak kiralah mengacara, berlakon atau menyanyi. That’s my life! Saya tak mahu jadi Che Puan yang goyang kaki dan saban hari kerjanya hanya bershopping. Dan koleksi beg mewah bertimbun di gerobok. Meski saya tahu ramai yang mahu saya berbuat sedemikian. No!” jelas wanita yang begitu hebat di gelanggang pengacaraan ini.

 

Cinta Tunku Jamie pada Sarimah jelas terpancar apabila dia sentiasa menemani isteri tercinta untuk penggambaran atau hal-hal yang berkaitan kerja. So is he your manager? Saja saya mengusiknya. “No, he is more like my bodyguard! Rasa selamat apabila kemana-mana bersama suami. Pernah satu hari itu Jamie ada hal dan tidak dapat menemani saya, and the only time he’s not around itulah ada lelaki yang pelik menunggu saya berjam-jam di restoran dengan merenung saya tanpa henti. Sehinggakan staf restoran terpaksa menemani saya ke parkir kereta. Kalau bersama Jamie, orang tak berani nak lebih-lebih dengan saya mungkin kerana he has these deep intense eyes,” kata Sarimah.

 

Tahun lepas Sarimah sudah aktif semula dalam bidang pengacaraan yang membuatkan ramai terkejut dengan kemunculannya. Dia mengubat rindu peminat-peminatnya yang menyangkakan pengacara kegemaran mereka ini sudah bersara dari bidang seni. Istimewa, 2017 umpama satu bonus buat Sarimah apabila dia menerima lamaran tiga projek mega setakat ini. Menjadi hos untuk majlis berprestij yakni Anugerah Juara Lagu buat kali ketiga, dia juga bakal punya rancangan tv sendiri yang dinamakan sempena namanya yakni The Sarimah Show yang bakal bersiaran di TV3. Mungkin talk show ini seperti rancangan popular The Oprah Winfrey Show, siapa tahu? Apa yang pasti diari Februarinya sibuk di studio untuk penggambaran talk shownya ini yang bakal ditayangkan pada bulan Mac, April dan Mei. Dan sebuah lagi projek mega untuk tahun ini yang masih belum boleh dikongsikan. Nantikan! Sarimah is back!

 

“Jamie banyak membantu melicinkan perjalanan seni saya. Bayangkanlah dia sanggup menunggu saya rehearsal selama 14 jam! And surprisingly, he loves being behind the scenes and I love being on stage. Kami saling melengkapi. Daripada situ dia menyelami dunia saya. Saya ambil konsep work hard, play hard. Jadi, setiap kali selesai sesuatu projek itu saya dan suami akan pergi bercuti menikmati keindahan dunia ciptaan Allah. Sesekali kami juga menghadiri majlis ilmu agama.”

 

Cerita soal berkeluarga Sarimah dan Tunku Jamie tidak sabar untuk menimang cahaya mata. Mereka berdua kini hanya menunggu rezeki daripada Yang Maha Esa. Cinta yang terjalin antara YM Che Puan Sarimah dan YM Tunku Nadzimuddin jelas terpancar ketulusannya. Pada akhir perbualan, mereka sempat memberitahu saya mereka akan bersenam dulu setengah jam sebelum pulang kerana rasa bersalah makan nasi pada malam itu. Love the spirit and spark between them!

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Februari 2017