Nabila Huda In Tokyo: New Adventures New Man

Nabila Huda In Tokyo: New Adventures New Man

Dirinya sering menjadi figura yang tidak pernah surut dilanda kontroversi. Apa sahaja yang dibuat, ada sahaja mata-mata cemburu yang Memerhati. Hari ini Nabila lebih selektif dan bersifat privasi mengenai dirinya bagi menepis gosip yang hinggap pada diri. NABILA HUDA Eksklusif di Tokyo.

 

GLAM merakam Nabila Huda di bumi Tokyo dalam busana LV himpunan musim luruh/sejuk 2016. Bunga Sakura menjadi saksi penggambaran mewah dengan ceriteranya yang tersendiri. Ini bukan kali pertama Nabila menghiasi wajah GLAM. Kemunculan kali kedua ini mencerminkan sisi hidup empunya diri dalam melayari kehidupan baru yang disinari dengan cahaya cinta yang menyuluh segenap jiwa raganya. Saya mendasari isi hatinya dalam meniti hidup sebagai anak seni, seorang ibu, dan pastinya sebagai insan bergelar isteri. Seperti yang kita semua tahu, bekerja dengan Nabila tidak akan pernah mengecewakan. Sikap profesional dan sentiasa terbuka membuatkan perbualan kami rancak sehinggakan kami tidak sedar masa berlalu. Banyak yang tidak diceritakan di sini kerana ada yang off-the-record. “I think this is the longest interview I’ve ever had,” ujarnya diikuti gelak tawa trademark Nabila Huda yang bersuara husky.

 

Untung menggamit pelakon terkenal tanah air ini apabila menghabiskan waktu lima hari di Tokyo atas jemputan eksklusif Louis Vuitton untuk pameran Volez, Voguez, Voyagez. Dan dia adalah satu-satunya selebriti yang mewakili Asia Tenggara membuatkan kehadirannya dibanjiri dengan gemerlapan cahaya lensa. “Now I know the feeling of being followed by paparazzi!” selorohnya pada saya. “It is really an honour to me untuk terpilih ke majlis berprestij ini. Di sana saya bertemu banyak pelakon A-list antarabangsa dan fashion bloggers. Antaranya Cate Blanchett, Hidetoshi Nakata, Chiara Ferragni dan ramai lagi. Ahh… bagaikan mimpi sewaktu di sana. Who knew that I would be this lucky? Sempat saya membuat kawan dengan beberapa selebriti baru sewaktu di majlis. Melihat pameran, diri diselubungi perasaan kagum dengan pembuatan produk LV yang berkualiti tinggi dan diktiraf seluruh dunia sebagai antara produk yang paling berprestij. The vintage collection definitely caught my eye!”

 

NEW CHAPTER Perkahwinan yang termeterai pada 25 Disember 2015 memberi seribu satu makna pada wanita ini. Beberapa bulan lepas, Nabila Huda mengabadikan kisah cintanya bersama suami di Bali dengan melangsungkan majlis keraian bersama teman-teman akrab di Villa Puri Nirwana, Bali. Menurut Nabila, sepatutnya majlis di Bali sudah dirancang awal. Dek kerana kekangan waktu majlis itu terpaksa ditunda. Majlis ini dirancang dari A-Z oleh Nabila sendiri. She was very hands-on for this Bali wedding kerana dia mahu semuanya seperti apa yang didambakan. Daripada urusan tiket penerbangan, penempahan vila, juga wedding planner dan katerer (dari Indonesia), semuanya diuruskannya sendiri. Semasa Nabila di Tokyo teman-teman baiknya seperti Sharifah Sakinah, Sherry Al-Hadad, Arafah Edruce, Joe Flizzow dan beberapa orang lagi semuanya sudah di Bali untuk persiapan majlis.

See also
Label Roberto Cavalli Dibeli Firma Ekuiti Persendirian

 
[envira-gallery id=”83045″]

“Ya, my dream beach wedding is finally happening! Biarpun sedikit lambat. Itupun saya tunda majlis di Bali satu hari kerana komitmen penggambaran bersama GLAM. That’s how dear GLAM is to me! Waktu di Tokyo saya sibuk dengan e-mel dan whatsapp untuk pastikan apa yang saya impikan is right on track. My husband knows me very well dan dia akan update semuanya pada saya dengan Whatsaap gambar-gambar supaya semuanya kena dengan cita rasa saya. Bagi saya majlis ini amat bermakna. Saya tidak ambil sebarang sponsor. Semuanya saya bayar sendiri. Selesai saja penggambaran untuk muka depan ini saya terus terbang ke Bali untuk jadi pengantin! Ya Tuhan, sebaik touch down saya bergegas ke vila. Bosco sudah menunggu untuk menyolek saya. Usai disolek saya menyarung persalinan Alia Bastamam dan just in time majlis pun bermula. Malam itu muzik dimainkan oleh teman baik saya DJ Nazkimo. It was a beautiful night. Everyone was in white while we catch up with each other. Tetapi sayalah pengantin yang teramat penat. Hahaha.”

 

Mengintip kehidupan sehariannya melalui akaun instagram dia mesra di dapur, memasak itu dan ini untuk sang suami. “Saya memang suka memasak. Dulu waktu bujang kadang-kadang tu teman-teman datang ke rumah bawa lauk-pauk basah, minta tolong saya masakkan,” ujarnya memberitahu skil memasaknya. Nabila gambarkan perkahwinannya adalah satu pembaharuan dalam hidupnya. Dia berjanji untuk cuba sebaik mungkin menjadi isteri mithali kepada suami. “Nabila Huda adalah mahkluk paling degil di dunia, saya tak akan dengar cakap sesiapa pun. Tak kira mak ayah ke atau cikgu di sekolah. Kalau A saya kata maka A lah jawabnya. Itu kelemahan saya. Keras kepala! Tetapi entah kenapa saya hanya boleh terima nasihat dan pandangan daripada suami. Semua yang keluar daripada mulutnya saya terima dengan hati terbuka. Ajaib ya kuasa cinta. I think I have just found the right frog! Dia boleh layan mood swings saya, kerenah saya dan dia juga sangat penyabar. Justeru itu saya juga mahu lakukan yang terbaik buat suami.”

 
[envira-gallery id=”83046″]

Mungkin kalau dulu Nabila Huda, 32, berani memberikan kenyataan “Saya tak kisah pun apa orang nak cakap!” kala menghias wajah GLAM isu Jun 2014. Tetapi setelah berkahwin segala-galanya berubah. Kalau dulu tohmahan dan kata-kata nista orang disambut dengan senyuman meskipun hatinya menangis. Tetapi kini Nabila tidak mampu untuk mengguris perasaan suami dan keluarga mentua. Oleh kerana itu dia amat berhati-hati dengan sebarang kenyataan agar tidak terpalit dengan kontroversi. “Saya akan bersifat lebih privasi dan apa yang saya kongsikan di instagram hanyalah sepertiga daripada kehidupan saya. “I used to share everything with my fans, tetapi kejujuran saya itu membuatkan segelintir pihak mengambil kesempatan untuk menjatuhkan saya. Bayangkan kerana terlalu sakit menanggung cacian, I’ve deleted 4000 of my pictures on my Instagram account and I did not even save it on any hard disk. Hilang semua memori macam tu saja,” jelasnya kesal.

See also
Strategi Hindari Kedutan Pada Wajah

 

Ramai sedia maklum yang puteri tunggalnya Keisha Laila, 6, begitu akrab dengan bapa tirinya, Izwan Johan. Kasih sayang yang dicurahkan Izwan jelas terpancar keikhlasannya. “Senang cerita saya selalu disisihkan apabila mereka berdua bergabung. Keisha terlalu manja dengan suami. Sampaikan dia kata suami saya itu boyfriend dia. So dia panggil suami nama saja, Bebert!
Bila Keisha bersama suami, dia senang untuk berbual mengenai apa saja dengannya, mungkin dengan saya sikit-sikit itu tak boleh, ini tak boleh jadi dari situ dia membina kepercayaan meluahkan segalanya pada suami. Saya bersyukur kerana suami tidak hanya menerima saya namun Keisha plays a big role in his life too. I am blessed
to have that.”

 
[envira-gallery id=”83047″]

Bercerita soal kerja, Nabila Huda meletakkan suami sebagai keutamaan dalam hidupnya. Kalau waktu bujang dulu bangun tidur dia terus ke set dan pulang jam dua tiga pagi. Tetapi hari ini Nabila akan menghadkan waktu lakonan untuk menumpukan perhatian pada rumah tangganya.

 

Baru-baru ini Pelakon Wanita Terbaik FFM-22 ini terbabit dengan Teater Lela Manja memegang watak ibu tiri kepada Lela Manja yakni Dang Suri. Dia juga terbabit dalam Program Seniman dan baru sahaja habis kontrak bersama Radiglow. “Lucunya saya ni cepat lupa. Pernah ada media tanya saya ada keluar mana-mana drama tak untuk Hari Raya, selamba saya menjawab tidak. Tup-tup waktu Syawal saya keluar untuk tiga drama! Tahun ini saya disunting untuk sebuah lagi filem yang bakal menyusul arahan Pengarah tersohor. Ditanya mengenai desas-desus yang dia bakal menggondol Anugerah Pelakon Terbaik menerusi Filem Munafik, Nabila sambut dengan senyuman lebar. “Kalau betul itu rezeki saya, ia anugerah paling besar sepanjang bergelar anak seni, I can’t be more happy. Kerana setiap kali berlakon tidak sedikitpun saya memikirkan anugerah kerana saya benar-benar menjiwai watak yang diberi. Saya juga berharap tidak akan pernah bersara dari dunia ini. I belong in this industry.”

 

HONEYMOON DI AMERIKA SELATAN Nabila merasakan hidup ini terlalu pendek untuk tidak menghabiskannya dengan melihat dunia. Kembara adalah ketagihannya. Oleh kerana kecintaan terhadap kembara begitu tinggi dia tidak pernah kisah untuk membimbit tas Chanel 2.55. Bagi Nabila, dia tidak akan melabur untuk fesyen. Lebih baik puluhan ribu itu digunakan untuk melihat dunia. Dia bertekad Oktober nanti untuk berbulan madu bersama suami walaupun sudah hampir setahun berkahwin. “Setiap kali kami bercadang untuk berbulan madu, ada saja benda yang menghalang. Kali ini saya akan bawa lari suami untuk dua bulan! Bila dia dengar dua bulan terus dia kata “Wow! Okay sayang lets do this!” But the thing is, I’m worried he can’t cope with the way I travel. Saya bukanlah wanita yang memanjakan diri dengan percutian mewah with huge luggage in tow dan membeli-belah di tempat percutian. I am just a backpacker type of girl. Dulu saya hanya menginap secara couch-surfing saja, tapi bila dah berumah tangga ini I will search AirBnB for a room,” beritahunya lagi yang sudah biasa kembara sendirian sejak usia 25 lagi. Bagi Nabila mudah untuk kembara seorang diri, tak perlu menunggu sesiapapun dan melayan ragam manusia. Dia boleh buat apa saja yang dia mahu.

See also
Senarai Pemenang GLAM - FEB 2017

 

“Rules percutian cara saya ialah tempat penginapan cukup sekadar boleh tidur dan ada dapur! I only eat what I cook. Trust me! Jadi destinasi itu haruslah berhampiran dengan grocery shop untuk saya membeli barang memasak. Saya tidak bawa duit banyak. Bagi saya asal cukup untuk duit makan dan extra money just enough for touring the place. Thats all. Paling tidak pun saya akan beli fridge magnet untuk dibawa pulang. Bayangkan saya boleh survive mengembara Europe dengan seribu ringgit saja untuk 14 hari! Mungkin kembara saya Oktober ini saya dan suami akan bawa RM5,000 sahaja untuk cukup-cukup kami berdua makan dan sedikit aktiviti.”

 

Di mana you mahu bawa lari suami selama dua bulan? “Saya akan meneroka Amerika Selatan. Kami akan backpacking through Argentina, Bolivia, Uruguay, Chile, Paraguay, Brazil, Colombia, Panama, Costa Rica, Venezuela dan seterusnya singgah ke Incan city of Machu Picchu, Peru. Saya amat teruja untuk trip bulan madu kami ini. Pasti penuh dengan adventure. Kami ada merancang untuk road trip dari satu negara ke satu negara di sana nanti. Well, he is definitely stuck with me for two months, so he better be prepared! Saya rasa suami pun tak sabar untuk trip ini. Daripada percutian bulan madu ini kami pasti akan lebih mengenali antara satu sama lain. I hope during this trip, our love will continue to blossom, tapi saya pasti gaduh-gaduh manja itu tentunya tak boleh dielakkan. Betul tak?” katanya lagi. Sebelum kami beredar Nabila sempat memberitahu yang dia membayangkan dirinya satu hari nanti tinggal di sebuah pulau bersama suami, anak-anak dan memiliki coffee house sendiri di pulau itu.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu September 2016