Priyanka Chopra & Nick Jonas Bertunang Selepas Dua Bulan Bersama!
GLAM mengucapkan tahniah kepada pasangan Priyanka Chopra & Nick Jonas atas pertunangan mereka baru-baru ini!
Sumber melaporkan kepada People bahawa Jonas telah melamar Chopra seminggu yang lalu sewaktu mereka berada di London untuk meraikan hari lahir Chopra yang ke-36.
Awal bulan ini Jonas dikatakan telah menutup butik Tiffany & Co. di New York untuk memberikan ruang dan privasi sambil dia memilih cincin pertunangan yang sesuai.
Sumber turut menyatakan Jonas merasa sangat bahagia dan dia amat serius tentang hubungannya bersama Chopra.
Yes Priyanka Chopra is no more part of @Bharat_TheFilm & and the reason is very very special , she told us in the Nick of time about her decision and we are very happy for her … Team Bharat wishes @priyankachopra loads of love & happiness for life ???
Berita ini juga mungkin sudah disahkan oleh Ali Abbas Zafar, pengarah kepada filem India Bharat yang sepatutnya dibintangi oleh Chopra sebelum dia mengumumkan aktres tersebut tidak akan mengambil bahagian dalam projek tersebut lagi.
Khabar angin tentang hubungan mereka bermula sejak Chopra dan Jonas membuat penampilan bersama di atas karpet merah Met Gala 2017. Laporan tersebar lagi pada bulan Mei tahun ini apabila pihak media mula perasan kedua-duanya meluangkan lebih banyak masa bersama. Sejak itu, mereka sering dilihat bersama tanpa gagal. Malah Jonas turut meneman Chopra ke India dan Eropah untuk menghadiri majlis perkahwinan teman-temannya di sana.
Gambar Gotham/GC Images
Chopra bertemu dengan keluarga Jonas pada bulan Jun tahun ini di sebuah majlis perkahwinan keluarga belah Jonas. Beberapa minggu selepas itu, Chopra memperkenalkan Jonas kepada ibunya, Madhu, pula di India. Perkahwinan mereka juga mungkin akan menyusul secepat yang mungkin kerana Chopra pernah menyatakan yang dia sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu.