Keluarga Meghan Markle Merenggangkan Hubungan Mereka

Tindakan Tidak Bermaruah Keluarga Meghan Markle Untuk Memalukannya

Gambar James Whatling / MEGA

Tatkla termeterainya hubungan sah antara Meghan Markle dan Putera Harry tanggal 19 Mei 2018, ramai menganggap kedua-duanya sudah mengecapi kebahagian abadi. Tetapi tidak pada realitinya. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai bapa dan kakak tiri seperti Duchess of Sussex.

 

Selain dikenali dengan monarki mereka, England juga mempunyai reputasi yang “tinggi” when it comes to tabloid mereka. Golongan tabloid yang mampu mengalahkan mana-mana tabloid di dunia ini dengan menggunakan pengaruh mereka untuk memburukkan sesiapa sahaja jika mereka mahu. Ketaksuban mereka untuk mendapatkan lebih informasi tentang Meghan membawa mereka kepada bapa, Thomas Markle, dan kakak tiri Meghan, Samantha Grant yang lebih daripada sanggup menjual cerita tentang Meghan untuk menyara kehidupan mereka.

 

Semua ini sudah dijangka sejak laporan tentang rancangan Grant untuk menual foto bapa mereka, yang sudah dirancang, kepada paparazzi untuk mendapatkan perhatian orang ramai, terutamanya kerabat diraja England. Pada hari perkahwinan penuh makna itu sendiri, Grant telah membawa beberapa lagi ahli keluarga Markle ke England untuk menjadi koresponden kepada majlis yang mereka tidak dijemput itu.

See also
Clueless Perintis Trend 90an!

 

Thomas Markle pula kini kembali membuka mulutnya selepas mendiamkan diri ikutan kontroversi menjual gambar palsu kepada paparazzi terbongkar beberapa hari sebelum perkahwinan diraja tersebut. Dia kini kerap muncul dalam temu bual bersama media British yang membayarnya untuk bersuara dan memetik nama Meghan, Putera Harry, dan kerabat diraja England. Antara kenyataan yang dia sudah lontarkan adalah dakwannya tentang Putera Harry yang menyokong Brexit, menerima politik Donald Trump dan dia juga yakin Meghan sengsara dengan kehidupan barunya walaupun dia pernah mengaku Meghan sudah lama tidak bercakap dengannya.

 

Be careful, Thomas and Samantha. Jika mereka boleh melakukan perkara keji seperti ini kepada ahli kerabat diraja, anda juga lebih dari mampu menjadi mangsa seterusnya.