Tindakan Drastik Kanye West Membuatkan Kim Kardashian Menangis

Tangisan Kim Kardashian West Angkara Kanye West

Hubungan antara Kim Kardashian dan Kanye West tidaklah serumit yang disangkakan walaupun West meluangkan masa enam tahun untuk memenangi hati Kim. Namun hubungan mereka adalah lebih daripada hubungan romantik sejak mereka mula menjalinkan hubungan bersama.

 

Gambar Marc Piasecki/GC Images

Kardashian sebelum ini pernah berkongsikan secara umum akuannya tentang penglibatan West dalam pemilihan gaya hariannya. Ibarat penata gaya peribadi, West akan menyarankan trend terkini dan juga foto-foto sebagai rujukan melalui emel.

 

Sewaktu menghadiri persidangan rasmi BoF (Business of Fashion) West di Los Angeles baru-baru ini Kim berkongsikan lagi satu detik yang amat menyedihkan buat dirinya sepanjang dia bersama Kanye.

 

“Saya sering menganggap saya mempunyai gaya yang bagus–sehingga saya bertemu suami saya dan dia memberitahu bahawa saya mempunyai gaya paling teruk dia pernah lihat,” ujar Kim. “Dia menyampaikannya dengan cara yang baik dan seterusnya dia mengosongkan terus almari pakaian saya.”

 

Gambar Jacopo Raule/Getty Images

West mengosongkan almari Kardashian dengan membuang ceraian yang dirasakan tidak menepati citarasa dan standard gaya West. “Saya mempunyai lebih kurang 250 pasang kasut dan setelah kami selesai mengemas, saya hanya mempunyai dua pasang sahaja dan saya terus menangis,” nyata Kardashian lagi.

See also
Kendall dan Kylie Jenner Disaman Kerana Koleksi Vintaj mereka

 

Almari kosong Kardashian kemudiannya dipenuhi dengan ceraian pilihan West yang terdiri daripada rekaan jenama ternama seperti Lanvin dan Givenchy yang agak asing buat Kardashian pada waktu itu.

 

Selepas transformasi yang diberikan West kepada isterinya itu, Kardashian masih lagi tidak diterima oleh pereka-pereka besar untuk mereka baju buatnya. None but one yakni Riccardo Tisci, mantan pengarah kreatif Givenchy, yang berbesar hati untuk menyarungkan rekaannya ke atas Kardashian. Hubungan mereka kemudian menemukan Kardashian bersama Olivier Rousteing dari Balmain sehinggakan Rousteing mula mengubah haluan rekaannya untuk memastikan pakainnya boleh dimuatkan mengikut susuk tubuh Kardashian.