Rekaan Hebat – Inovasi Teknologi Cuckoo
Pengalaman dibawa melawat ke kilang pembuatan produk Cuckoo yang beroperasi di Busan, Siheung dan Yangsan, Korea Selatan sempena ulangtahun Cuckoo yang ke-40, memberikan pengalaman berharga kepada wakil media dari Malaysia, Singapura, Brunei serta Indonesia untuk melihat sendiri inovasi teknologi dalam proses pembuatan produk dari jenama ini. Di Korea Selatan, satu unit periuk nasi Cuckoo dijual setiap 10 saat, manakala satu unit penapis air Cuckoo dijual setiap minit. Hari ini, Cuckoo berjaya menonjolkan kehadirannya di 30 negara, merentasi lima benua.
Periuk Nasi Serbaguna Cuckoo
Lawatan ke kilang Cuckoo di Busan, GLAM Deko telah didedahkan teknologi di sebalik kecanggihan periuk serbaguna Cuckoo serta kelebihan Cuckoo Nasi GABA yang telah diperkenalkan pada Januari lalu. Secara tradisinya, percambahan beras perang mengambil masa sehingga 20 jam rendaman di dalam air yang bersuhu 30-40°C dengan bilasan yang berulangan bagi mengelakkan nasi berbau. Namun, dengan periuk serbaguna Cuckoo seperti Q10, WHITE1010, HN10 dan M10, hanya satu sentuhan diperlukan untuk percambahan beras dalam masa 2 jam, dan seterusnya penyediaan Cuckoo Nasi GABA.
Lebih lazat dari nasi putih dan lebih berkhasiat dari nasi beras perang, nasi GABA diperkaya dengan Asid Gamma Aminobutyric (GABA), vitamin B1, B6 dan E, Kalsium, Magnesium, Potassium, serat diet dan pelbagai lagi bahan bagi manfaat kesihatan. Dibandingkan dengan nasi putih, nasi GABA memiliki 10 kali ganda GABA, 3 kali ganda vitamin B1, dan 4 kali lebih kaya dengan Vitamin E. Kelebihan ini membolehkan nasi GABA membantu merendahkan tekanan darah, kandungan gula dalam darah, tekanan dan tahap kolestrol, serta memperbaiki system penghadaman serta kesihatan minda. Selain daripada keupayaan untuk memasak nasi GABA, periuk serbaguna Cuckoo yang serba inovatif ini disertakan dengan 4 teknologi pintar utama – Algoritma Pintar, Memasak Menggunakan Tekanan, Teknologi Pemanasan serta Teknologi Saduran – bagi membantu menyediakan kediaman sihat buat setiap keluarga.
Periuk Nasi Serbaguna yang mampu menghasilkan Nasi Gaba untuk jaminan kesihatan pengguna.