GLAM Isu Mei - YM Raja Aisyah Maryam

GLAM MEI 2018

Gambar Chuan Looi/Yipieyaya Studio

DIAMONDS ARE A GIRL’S BEST FRIEND

 

Warga GLAM serta sidang redaksi dari judul-judul Blu Inc Media berbahasa Melayu baru sahaja selesai dengan projek perkahwinan, Inspirasi Cinta. Sungguh meriah sekali tatkala lokasi acara bertempat di tengah-tengah ruang legar Pavilion KL yang gah itu, apatah lagi Inspirasi Cinta digerakkan dengan tajaan utama dari Tiffany & Co.

 

Barisan 22 gaun-gaun pengantin ikonik milik selebriti dan personaliti ternama menjadi tatapan pengunjung, selain kemewahan berlian yang turut menjadi highlight sepanjang minggu Inspirasi Cinta.

 

Dalam isu GLAM bulan ini, kami memanjangkan isu berlian menerusi rumusan koleksi-koleksi terbaik tahun ini daripada jauhari-jauhari terkemuka antarabangsa dan dalam negara. Kami juga menjemput Tengku Jamidah dan Nisa Masbar bersama ibu masing-masing untuk bergaya mewah dengan barang kemas berlian dalam paparan khas hari ibu.

 

Ruang Expose bulan ini turut membincangkan topik berlian di mana kami mengupas cara dan kerenah orang kita apabila membeli berlian. Cukup menarik sekali kerana dalam diam, mereka membeli dan melabur dalam nilai yang cukup tinggi.

See also
CRISTINA SUZANNE

 

Penghias muka depan GLAM juga megah berhias berlian Chopard. Dan istimewanya kali ini kita dapat menemu bual wajah segar dari istana. Puteri Aisyah Maryam dari Perak mewakili kerabat muda yang memiliki kejelitaan yang sungguh klasik, dengan caranya yang elegan and glamorously subtle. Cukup menyegarkan! Selain Puteri Aisyah, anda perlu dapatkan naskah GLAM dari bulan ke bulan selain singgah ke laman web kami di GLAM.MY untuk mengenali siapa lagi yang menjadi the next new face of society!