Use your ← → (arrow) keys to browse
Pesta malam GLAM Fashion Party bersama GLAM Lelaki dengan tajaan Coach berlangsung malam tadi dengan nada yang meriah dan penuh tenaga. Lengkap dengan busana daripada koleksi Bunga/Panas 2018 Coach kehadiran heroine dan heroFazura dan Fattah Amin membuatkan suasana menjadi lebih mengagumkan. Putaran muzik oleh DJ Nazzkimo turut mengiring gerak-geri rancak daripada para hadirin yang terdiri daripada rakan-rakan GLAM seperti Kim Raymond, Amelia Henderson, Anzalna Nasir, Whulandary Herman, YM Puteri Afzan Shakira, dan ramai lagi. Tidak boleh dilupakan juga pembawa semangat pada malam penuh makna ini, emsi Hunny Madu juga turut membantu melancarkan pesta GLAM Fashion Party 2018. Daripada persembahan pembukaan oleh Swag Studio sehinggalah ke rap showcase yang menampilkan para rapper seperti Karmal, Sophia Liana, QBE, Eyza Bahra, Sxph, dan Kayda. Klik seterusnya untuk gambar-gambar eksklusif daripada last night’s party!