Ketahui Pereka Fesyen Mana Menjadi Pilihan Meghan Markle

Adakah Ini Pereka Fesyen Yang Bakal Mereka Gaun Perkahwinan Meghan Markle?

Foto Alpha Press

Debaran perkahwinan diraja yang dinanti-nantikan ramai semakin dirasai dan perkara yang masih lagi menjadi tanda tanya orang ramai adalah; siapakah pereka fesyen bertuah yang akan diberi peluang untuk memberi sentuhan magis mereka kepada gaun perkahwinan Markle kelak? Pelbagai spekulasi telah dibuat ikutan laporan orang dalam daripada istana dan beberapa lakaran yang tersebar. Namun masih belum ada lagi jawapan yang sahih.

 

Daripada semua spekulasi, khabar angin yang telah tersebar dan juga taruhan ramai, orang industri mula menjangkakan Alexander McQueen merupakan calon dengan kebarangkalian yang tertinggi untuk tugasan ini.

 

Ralph & Russo dan Erdem

Syarikat taruhan atas talian, Betfair, melaporkan kepada Vanity Fair sebelum nama Alexander McQueen naik sebagai taruhan, Ralph & Russo dan Erdem antara calon paling kuat menerima taruhan ramai. “Kini kami telah mengabaikan pasaran itu selepas melihat taruhan yang menarik ke atas Alexander McQueen yang bertukar daripada 16:1 kepada 8:1 dalam jangka masa yang pendek.”

See also
Rahsia Almari Siti Saleha

 

Pengarah Kreatif Alexander McQueen, Sarah Burton

Taruhan sebegini adalah ibarat satu tradisi yang mengaitkan orang ramai dan kerabat diraja England. Dari nama bayi sehinggalah ke lokasi perkahwinan mereka, the Brits just love a good betting.

 

Seperti mana mereka pernah bertaruh ke atas gaun perkahwinan Kate Middleton pada tahun 2011 dan diikuti dengan pilihan nama Putera George, Puteri Charlotte dan juga adinda mereka yang bakal tiba tidak lama lagi.

 

Kini kami hanya menunggu jawapan daripada Sarah Burton untuk mengesahkan atau menafikan berita ini.