Use your ← → (arrow) keys to browse
Minggu Fesyen London sudah pun melabuhkan tirai mereka dengan kemunculan istimewa oleh Ratu Elizabeth untuk memberi penghargaan kepada Richard Quinn yang disaksikan oleh nama-nama besar industri fesyen seperti Anna Wintour dan Caroline Rush. Minggu ini turut dimulakan dengan nama-nama besar seperti JW Anderson dan Simone Rocha, malah turut menyaksikan pertunjukan koleksi terakhir Christohper Bailey untuk Burberry. Sertai GLAM untuk imej eksklusif belakang pentas Minggu Fesyen London.