Fokus – Bicara Blaine Robert, Pengarah Kreatif & Blaine Robert Design Sdn Bhd
Teks & Penyelaras : Nadia Zolkifli Arahan Seni : Afiq Khairudin Video : Dennis Kho
Minggu ini, Fokus membawakan pereka bentuk dalaman daripada Kanada, Blaine Robert. Blaine Robert berpengalaman luas mengenai industri reka bentuk dan reka bentuk dalaman. Memahami sepenuhnya tuntutan kehidupan dan gaya hidup masyarakat timur urban, Blaine Robert pernah menetap dan bekerja sebagai pereka bentuk dalaman selama 13 tahun di Tokyo, Jepun dan 2 tahun di Hong Kong. Blaine Robert berasal dari Kanada. Blaine turut menjelaskan beberapa kesalahan dan kesilapan yang sering orang kita lakukan apabila mengubahsuai kediaman.
Blaine berpindah ke Kuala Lumpur sejak tahun 2001 dan menubuhkan syarikat reka bentuk dalaman, Blaine Robert Design. Anda juga boleh melihat lebih banyak kerja-kerja Blaine di instagram Blaine Robert.