Koleksi Terakhir Carolina Herrera Untuk Carolina Herrera

Carolina Herrera Akan Berhenti Mereka Untuk Carolina Herrera Selepas Empat Dekad

Selepas hampir empat dekad, 37 tahun to be exact, Carolina Herrera bakal membuat kemunculan terakhirnya di atas pentas peragaan Minggu Fesyen New York sebagai pengarah kreatif jenama senamanya.

 

Sering menarik perhatian ramai dengan kemunculannya pada setiap hujung pertunjukan koleksinya saban tahun, Herrera kini sudah bersedia untuk melakukan sesuatu yang baru demi jenamanya. Yakni merangkul duta jenama global buat Carolina Herrera dan mewariskan jawatan pengarah kreatif kepada Wes Gordon, perunding kreatif wanita tersebut.

 

Herrera juga sempat menerangkan kepada The New York Times, bahawa “Cuma jangan katakan saya bersara. Saya bukannya bersara! Saya akan maju ke hadapan.” Dia mengidamkan rasa bangun pagi tanpa perlu memikirkan tentang rekaan. Ini juga merupakan peluang Herrera untuk meluangkan masa bersama keluarganya.

 

Sebagai salah satu nama yang dihormati dalam dunia fesyen kerana legasinya dan timeless class, Herrera antara nama-nama besar yang masih lagi diminati ramai sejak dulu lagi seperti Oscar de la Renta, Azzedine Alaïa, dan ramai lagi.

See also
Fashion Affair: Pembukaan Megah Flagship Store Max Mara di Pavilion

 

Tidak seperti jenama-jenama lain yang mula mengubah haluan mereka dari segi rekaan untuk mengikut peredaran masa, Carolina Herrera pula merupakan jenama yang berusaha untuk mengekalkan elemen elegan dan kelas yang tidak lapuk ditelan masa.

One day countdown. #Fall2018 #Carolinaherrera #herreralive

A post shared by CAROLINA HERRERA (@carolinaherrera) on