Uma Thurman Melepaskan Amarahnya Terhadapa Nama Besar Hollywood

Industri Hollywood Berdepan Dengan Amarah Uma Thurman

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Foto Dimitrios Kambouris/WireImage

Pada bulan Oktober tahun lalu, aktres terkenal Uma Thurman berjaya memendam perasaan marahnya sewaktu ditanya pendapatnya tentang barisan aktres lain yang tampil berkongsikan kisah gelap dalam hidup mereka yang melibatkan pemangsa seksual Harvey Weinstein yang telah menyalahgunakan kuasanya dan mengambil kesempatan terhadap wanita-wanita ini.

 

Jawapan Thurman yang gave us chills pada waktu itu jelas menunjukkan dia juga mempunyai kisahnya sendiri melibatkan lelaki tersebut walaupun dia enggan memberikan lebih penjelasan.

 

“Saya sedang menunggu untuk merasa tidak marah. Jadi apabila saya sudah tidak marah, saya akan jelaskan apa yang patut.”

 

Kini, melalui satu temubual khas bersama Maureen Dowd dari The New York Times, Thurman meluahkan “amarahnya” yang telah terpendam sejak sekian lama. “Dia telah dirogol. Dia telah menerima gangguan seksual. Dia pernah dikhianati dan dimanipulasikan oleh mereka yang dia percayai,” mula artikel tersebut.

 

Uma Thurman di dalam filem Pulp Fiction arahan Quentin Tarantino.

Thurman merasa bingung dengan apa yang dia lalui selama ini dan dia hanya boleh merasa bersalah terhadap individu-individu yang telah menjadi mangsa Weinstein selepas dirinya. “Saya memainkan peranan sebagai mangsa kepada situasi ini dan juga individu yang menjadi sebahagian daripada rancangan  keji lelaki itu.”

See also
Helah Solekan Natural

 

“Saya menjadi sebab utama gadis-gadis muda ini merasa yakin untuk berdua-duaan dengannya dalam bilik…mereka semua ibarat korban kerana mereka percaya tidak ada orang yang mempunyai kuasa sebesar itu akan membuat perkara sekeji itu kepada mereka.”