Georgina Chapman Menerima Bayaran Hampir $25 Juta Hasil Perceraian

Georgina Chapman Bakal Menerima Jumlah Hampir $25 juta Hasil Perceraian Dengan Harvey Weinstein

Georgina Chapman, pereka Marchesa dan bekas isteri pemangsa seksual Harvey Weinstein, dilaporkan bakal menerima $19 juta hingga $25 juta hasil divorce settlement mereka.

 

Foto Pascal Le Segretain/Getty Images

Kedua-duanya telah mencapai persetujuan menurut perjanjian pranuptial di mana Weinstein harus membayar Georgina sebanyak $$400,000 sebagai alimoni untuk setiap tahun mereka telah berkahwin. Selain itu Georgina juga akan menerima elaun perumahan dan bonus tahunan di mana jumlahnya tidak akan didedahkan hasil persetujuan mereka bersama.

 

Yang paling penting, Georgina juga menerima hak penjagaan sepenuhnya kepada dua anaknya, India Pearl, 7, dan Dashiell Max Robert, 4.

 

Oktober yang lalu juga Georgina telah tampil meluahkan isi hatinya berkaitan dakwaan terhadap bekas suaminya: “My heart breaks for all the women who have suffered tremendous pain because of these unforgivable actions. I have chosen to leave my husband. Caring for my young children is my first priority and I ask the media for privacy at this time.”

See also
Gisele Bundchen Curi Tumpuan Di Perasmian Olimpik 2016

 

Butiran perceraian Georgina dan bekas suaminya ini juga dikeluarkan selepas sebuah klip video Weinstein dilempang oleh seorang lelaki di sebuah restoran tersebar. Klik SINI untuk melihat video tersebut.