GLAM Exposé: Solusi IVF Sebagai Pengikat Kasih, Harta dan Kuasa

GLAM Exposé: Solusi IVF Sebagai Pengikat Kasih, Harta dan Kuasa

Teks Tengku Ashley Hassan

Di kala dunia semakin senja usianya, semakin canggih teknologi ciptaan manusia hasil daripada evolusi pendidikan yang bernadikan intelektual. Ya, bercerita soal teknologi,  saya terpanggil untuk mengupas isu teknologi IVF atau in vitro fertilization yakni satu rawatan yang laris pada masa kini. IVF adalah satu proses di mana telur akan disenyawakan di luar rahim yang dilakukan di makmal. ‘In vitro’ merujuk kepada bekas kaca yang digunakan bagi proses persenyawaan telur yang diambil daripada ovari dan sperma daripada pasangan suami dan isteri. Teknologi ini  mencatat kejayaan pertama di dunia pada 1978, dan hari ini hasil daripada teknologi IVF, ribuan bayi sudah dilahirkan di Malaysia. Mengikut kajian dari CIA World Factbook, purata wanita Malaysia melahirkan 2.53 anak daripada setiap ibu.

 

Saya kira sudah menjadi lumrah setiap pasangan yang  berumahtangga pasti mendambakan zuriat sebagai penyambung kasih sayang mereka. Tetapi bukan semua yang bertuah kerana ada yang sudah berkahwin bertahun-tahun lamanya masih tidak dikurniakan zuriat. Meski panas telinga mendengar cemuhan orang mengatakan tidak subur, mandul dan sebagainya tetapi apakan daya, rezeki belum memihak kepada mereka.  Jadi solusi terakhir sebelum membuat keputusan lebih jauh seperti mengambil anak angkat, rawatan IVF dipertaruhkan.

 

Pertama kali IVF diperkenalkan, teknologi ini diberi gelaran ‘bayi tabung uji’. Wanita milenial sama sekali tidak gentar untuk mencuba teknologi ini. Rawatan IVF di Malaysia amat disyorkan bagi wanita yang mempunyai masalah tiub fallopio yang tersumbat atau bermasalah fibroid, PCOS, ataupun juga lelaki yang mengalami masalah pada sperma. Perasaan sedih seakan tidak wujud lagi setelah apa yang dihajatkan menjadi hadiah untuk diabadikan seumur hidup. Hasil daripada rawatan IVF, wanita usia 30-an mempunyai peluang 50 peratus untuk hamil manakala  wanita usia 40 dan ke atas peratusnya mungkin hanya 10 peratus sahaja. Jika anda pernah melahirkan anak sebelum ini, peratusan kejayaan anda juga adalah lebih tinggi.

 

Di Malaysia ada 34 pusat kesuburan antaranya adalah SunMed Fertility Centre, KL Fertility Centre, Metro IVF Fertility Centre, Alpha Fertility Centre, Concept Fertility Centre termasuklah hospital yang menawarkan perkhidmatan IVF di sektor kerajaan seperti Hospital Kuala Lumpur, Hospital Likas, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Kos biaya rawatan IVF boleh mencecah hingga RM30,000.

IVF sepertikan sudah menjadi trend apabila bintang A-list Hollywood seperti Beyonce, Jenifer Lopez, Mariah Carey, Celine Dion, dan Sarah Jessica Parker mempunyai anak kembar. Saya pasti ini kerana faktor usia mereka yang  meningkat jadi untuk menjimatkan waktu, melahirkan kembar adalah tindakan tepat dan bijak. Cerita IVF dikalangan golongan atasan sebenarnya banyak drama dan muslihat! IVF juga adalah senjata utama buat wanita pisau cukur. Uup, siapalah yang tidak mahu hidup senang dan atas alasan itu  ada segelintir wanita muda mengambil jalan pintas untuk berkahwin dengan lelaki tua. Tua ganyut pun tak apalah asalkan duit handsome!

See also
Senarai Penuh Pemenang FFM28

 

IVF Sebagai Jaminan Masa Depan Ini kisah isteri nombor empat yang panas punggung kerana masih tidak mengandung walau sudah setahun berkahwin. Yalah Datuk sudah cecah 70 tahun entah dua tiga tahun hidup lagi ke tidak di fikiran si isteri muda ini. Anak itu senjata untuk dia mewarisi harta-harta Datuk yang bernilai jutaan ringgit. Datuk yang sememangnya sudah mempunyai sembilan anak dari tiga isterinya sudah tidak mahu anak. Datuk pun sudah bercucu dan tidak lama lagi dapat cicit pula. Tetapi apa jaminan isteri keempat berbanding madu-madunya lain yang sudah ada anak masing-masing. Jadi dia kemaruk ajak Datuk untuk buat IVF. Dia sanggup kena potong allowance kerana beberapa kali mencuba dia masih gagal hamil. Terpaksalah dia berpuasa daripada nafsu bershopping sementara waktu itu. Datuk berang kerana wang sudah banyak keluar. Akhirnya percubaan bini muda ini berjaya apabila dia disahkan hamil. Senanglah hati dia. Katanya pada teman, “Kalau orang tua tu nak mati sekarang pun tak apa, my son is my asset and I’ve got nothing to worry!”

 

Kisah sosialit yang satu ini mengejar Datuk Seri bertahun-tahun sudah lama dapat dihidu teman. Akhirnya pada usia lewat 30-an dia berjaya mengumpan Datuk Seri untuk menaikkan pangkatnya menjadi isteri daripada perempuan simpanan. Kata sosialit ini pada teman, “I tak boleh tunggu lama-lama, lepas kahwin sahaja I akan terus buat IVF. Kalau boleh minta kembar tiga terus!” Katanya konon berseloroh pada teman. Tetapi sesiapa yang mengenali wanita ini tahu dia mampu buat kerja gila  asalkan hajatnya tercapai. Jadi tak mustahil dia nak kandungkan tiga anak sekaligus! Dengar-dengar cerita tiga bulan berkahwin sudah mengandung, tapi tak tahulah kembar atau tidak!

 

Kisah ini kalau didengar macam susah nak percaya. Semua melihat pasangan ini sangat bahagia bersama sehingga ramai  yang iri pada Datin kerana Datuk  melayaninya dengan sempurna di hadapan teman-teman. Datuk kalau makan mesti suapkan Datin walaupun di majlis. Begitulah mesranya pasangan ini. Tetapi nasib tidak begitu menyebelahi mereka. Setelah 12 tahun perkahwinan mereka masih belum dikurniakan zuriat. Selalu jugalah dengar Datuk bercerita mereka sudah dua tiga kali ikhtiar dengan IVF tetapi masih tidak ada rezeki. Kalau nak lihat faktor umur, Datuk masih di awal 40-an dan Datin lewat 30-an jadi logiknya tiada masalah untuk mereka mendapat zuriat. Rupa-rupanya dikhabarkan yang Datin is the mastermind of the conceiving game. Datin memberitahu temannya yang dia tidak mahukan anak kerana dia ada skandal tetapi tidak pula dia mahu bercerai. Setiap kali ke pusat kesuburan dia akan berkomplot dengan doktor untuk pura-pura melakukan rawatan itu di belakang Datuk. Patutlah satu ujian pun tidak lekat walaupun ratusan ribu juga sudah terbang. Sanggup dia menipu suaminya begitu.  Alahai kahwin baru sajalah Datuk!

See also
Rahsia Kecantikan Selebriti Yang Mudah dan Sihat

 

Datin yang seorang ini pula sudah bertahun menunggu dikurniakan zuriat tetapi masih tidak diberi rezeki. Atas alasan itu membuatkan Datuk berkahwin dengan isteri kedua. Nak dijadikan cerita isteri kedua Datuk bunting pelamin. Patah seribulah hati si Datin ini. Akhirnya dia bertekad untuk lakukan IVF. Dua kali mencuba alhamdullilah dia disahkan hamil. Lahir saja anak lelakinya itu dia tatang bagaikan minyak yang penuh.   Silap Datin  kerana terlalu memanjakan anak itu, sehingga dia  membesar menjadi orang yang biadap. Kalau  menjerkah pembantu rumah, rasa tak sanggup nak dengar maki hamun yang dilemparkan. He turns up to be a spoilt brat. Sehinggalah satu hari itu dia menengking ibunya sendiri kerana tidak membenarkan dia membeli kereta baru. Kata-kata itu begitu menghiris hatinya, “You are the one who wanted me in this world, if I have given a choice I wouldn’t want to have a mother like you! How much do you spent to have me? I can pay you back and I am no longer your son!”

 

Kisah pasangan selebriti ini pula, sudah lima tahun berkahwin masih tidak ada anak lagi. Manalah tak ditanya soalan cepu emas itu oleh pihak media setiap kali ditemuramah. Kata si isteri kepada rakan artisnya, dia sudah buat pemeriksaan dengan doktor kesuburan dan setiap kali dia periksa, doktor mengesahkan yang dia normal. Yang menjadi masalahnya si suami yang juga seorang selebriti tidak  mahu berjumpa doktor. Well, men are always trying to escape their part. Asalkan tidak dapat anak sahaja salah isteri kerana tidak boleh mengandung. Jadi kerana kedegilan suami sampai hari inilah mereka masih tidak dikurniakan anak.

See also
GLAM Deko Santai bersama Dato' Aliff Syukri & Datin Shahida Mohd Rashid

 

Satu KL tahu kisah percintaan dua merpati sejoli ini. Setelah hampir sepuluh tahun bercinta dari zaman sekolah, akhirnya mereka kahwin juga. Tetapi enam tahun perkahwinan mereka masih belum dikurniakan anak. Rawatan IVF juga sudah dilakukan beberapa kali tetapi masih gagal. Tekanan lebih dahsyat daripada si isteri kerana teman-temannya semua sudah ada dua tiga orang anak. Terlepaslah dia mahu mengejar trend membesarkan anak bersama teman-teman. Hari ini temannya yang satu itu menghantar gambar membelikan si anak baju baby Dior, esok ada yang baru beli stroller tercanggih. Beg tangan dan kasut bukan lagi isu utama di group Whatsapp. Mereka berbincang untuk daftarkan anak di sekolah antarabangsa dan sebagainya. Tekanan itu membuatkan pasangan ini akhirnya bercerai. Anehnya kuasa Tuhan, selepas mereka berkahwin baru, masing-masing dikurniakan zuriat!

 

Apa lagi, setelah bertahun-tahun memendam rasa iri pada teman-teman, dia berhabis-habisan untuk si anak. Pendek cerita akaun instagram sosialit ini penuh dengan gambar anaknya. Macam berlawan pula dengan akaun Instagram bekas suami. Walaupun usia anak-anak temannya yang lain sudahpun bersekolah rendah dia tetap berpuas hati kerana akhirnya dia dapat merasai nikmat menjadi ibu.

 

Kisah lelaki homoseksual kelas atasan yang satu ini ramai teman-teman yang terdekat tahu mengenai status anak perempuannya yang kini sudah berusia lima tahun. Dia mengupah orang susah untuk mengandungkan anaknya dengan teknik IVF. Jadi sperma lelaki ini disenyawakan dengan telur wanita tadi. Proses IVF ini dengar cerita dilakukan di luar negara. Jadi walaupun tidak berkahwin, anak perempuannya itu adalah anak kandungnya hasil daripada kaedah IVF yang dijalankan di luar negara.

 

Memang tidak disangkal teknologi rawatan IVF banyak membantu pasangan yang tidak dapat dikurniakan anak secara semulajadi. Tetapi ada juga yang mengambil kesempatan dengan teknologi ini dengan agenda jahat tersediri. Sebenarnya anak itu adalah rezeki, tetapi sedih kerana manusia hari ini rakus dengan harta duniawi dengan menjadikan anak sebagai senjata atau jaminan untuk hidup senang lenang.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Julai 2017