Selena Gomez Dimarahi Oleh Pengasas Instagram Sendiri

Selena Gomez Pernah Dimarahi Pengasas Instagram

Walaupun dinobat sebagai artis ternama di dunia dengan bilangan followers paling banyak di Instagram, Selena Gomez juga tidak dapat mengelak daripada “dimarahi” pengasas bersama Instagram, Kevin Systrom.

 

Foto Lia Toby/WENN.com

Dalam satu temubual bersama Billboard baru-baru ini Selena berkongsikan detik-detik dia berhadapan dengan “amarah” Kevin tiap kali dia berehat dari berkongsikan sebarang entri di Instagram.

 

“[Kevin] pernah marah pada saya sebelum ini apabila saya mengatakan, ‘Saya perlu berehat seketika daripada Instagram’,” ujar Selena sambil menambah yang ia tidak membawa sebarang makna negatif dan dia sangat menyayangi Kevin.

 

Umum sudah mengetahui sebab sebenar Selena berehat daripada media sosial sejak tahun 2016 adalah untuk memberikan tumpuan kepada kesihatannya dan dia juga menyatakan “social media detox” boleh membantu memperbaiki kesihatan mental seseorang.

Removing myself was about spending time with things that matter. I’ve been hanging out with an old friend, and basically every conversation, we want it to be intentional. Meaningful conversations remind you that it’s all within where we are. It’s not about what’s happening with everything else.

Selena Gomez, Billboard

Selena juga pernah berkongsi dengan peminat-peminatnya melalui Vogue awal tahun ini bagaimana harga dirinya merundum, dia mengalami kemurungan dan kerisauan yang teruk menyebabkan dia mengalami serang panik sebelum dan selepas dia membuat persembahan.

See also
Dolce & Gabbana Tampil Koleksi Hijab Dan Abaya

 

“Pada asasnya saya merasakan saya tidak cukup bagus, tidak berkebolehan. Saya merasakan saya tidak memberi apa-apa kepada peminat-peminat saya, dan mereka juga mengetahuinya– membuat saya berfikir segalanya adalah berputarbelit.”

 

Aktres dan penyanyi ini juga pernah membincangkan kenapa dia mengelak daripada menggunakan Instagram sebelum ini dan mengesahkan apabila dia diumumkan sebagai pengguna Instagram dengan bilangan pengikut paling tinggi menyebabkan dia merasa lebih gusar dan oleh kerana itu dia mementingkan waktu berehatnya daripada media sosial.