Personaliti - Heidi Nazarudin - Glam Malaysia

Personaliti – Heidi Nazarudin

Teks & Penyelaras : Shahril Hadi Halim
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)

 

Terpilih sebagai salah satu wanita Most GLAM ’16 meletakkan Heidi Nazarudin di antara social influencer yang semakin mendapat perhatian di Malaysia biarpun namanya sudah besar di pentas Amerika Syarikat. Heidi, seorang blogger terkenal yang menumpukan topik gaya hidup, fesyen, kecantikan dan kembara. Anda boleh mengikuti perjalanan hidup Heidi di www.theambionista.com dan di akaun instagram @theambionista.

 

 

 

 

Sudah berapa lama anda menulis blog? Apa yang mencetuskan minat anda dalam penulisan blog?

 

Saya sudah berada di dunia maya ini sekitar tujuh tahun. Pada mulanya saya tidaklah bercadang untuk menjadi seorang blogger. Apa yang ingin saya lakukan ketika itu adalah untuk memiliki karier dalam bidang fesyen dan menulis mengenainya. Kebetulan pula medium yang digunakan dan hangat ketika adalah melalui platform dalam talian. Bermula dari itu ramai yang memanggil saya ‘fashion blogger’. So I guess I am .

 

See also
Optimis 2020

Mengapa memilih untuk berpangkalan di Amerika Syarikat?

 

Saya sedar untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik saya haruslah beroperasi dari salah satu kota fesyen dunia. Saya memilih Los Angeles kerana ia mempunyai cuaca yang hebat juga saya amat menggemari tenaga yang dimiliki oleh mereka yang menetap di sini. Saya begitu cintakan kehidupan bersebelahan pantai. Pernah saya berjenaka dengan seorang teman “well at least if I don’t succeed and end up broke .. I will always have this view.”

 

Kongsikan bersama kami di manakah lokasi yang paling anda gemari yang pernah anda kunjung dan mengapa?

 

Dengan pekerjaan yang saya miliki kini, saya rasa bertuah kerna berpeluang melancong ke banyak destinasi yang indah, bagaimana untuk saya memilihnya? Saya begitu mencintai kota Milan dan berpeluang mengunjunginya beberapa kali dan saya begitu suka melihat bagaimana orang Itali mempunyai keupayaan untuk menggayakan sesuatu dengan begitu elegan – dari makanan hinggalah kepada pakaian. They do it all in style. Saya juga bertuah kerana pernah bekerjasama dengan jenama Armani ketika di Milan dan Hotel Armani merupakan antara hotel tercantik yang pernah saya kunjungi. Armani begitu memberi perhatian pada setiap perincian sehingga pada setiap kiub gula untuk minuman anda diperindah huruf A yang melambangkan namanya.

See also
Manifesto Cyborg Menjadi Prinsip Naungan Gucci

 

Bagaimana anda melihat budaya blog di Malaysia?

 

Pada saya ia sedang meningkat dengan pantasnya. Saya juga memiliki beberapa teman yang terdiri daripada blogger Malaysia dan individu berpengaruh media sosial. Saya juga mengharapkan lebih banyak blogger yang berjaya membina nama di peringkat antarabangsa.

 

Kekerapan anda pulang ke Malaysia dan pada setiap kepulangan adakah anda hanya menetap pada satu tempat tertentu atau memilih untuk mencuba hotel terbaru?

 

Sekitar empat hingga ke lima kali setahun. Pernah juga sehingga 7 kali. Ia bergantung kepada jenis projek yang sedang saya jalani dan bagaimana saya boleh mengaturnya mengikut jadual. Saya sudah begitu terbiasa dengan tidur di dalam penerbangan. Mengenai lokasi penginapan, saya suka akan Ritz Carlton- lokasi dan khidmat peribadi yang disediakan tiada tandingan dan sudah beberapa kali saya menetap di situ. Sekali sekala saya turut mencuba lokasi baharu yang saya temui melalui Instagram juga cadangan peribadi yang saya terima.

 

 

 

See also
Trend - Seni Kontemporari Kayu Pereka Dunia