GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

MUHAINI MAHMUD

Selesa dipanggil Mui seorang yang berkarisma tinggi dan tegas dalam bekerja. Melangkah bangga dalam jurusan Perhubungan Awam, Pengarah Hal Ehwal Perhubungan Korporat di WestStar Group of Companies ini berkata sebagai seorang perempuan yang bersaing di dalam dunia lelaki, kita perlu garang, kuat dan tegas. Jika terlalu lembut dan baik, orang senang pijak kepala.. Siapa sangka dia memiliki ijazah sarjana muda dalam Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta sarjana dalam Sains Aktuari di London tetapi tersasar di bidang perhubungan korporat.