Most GLAM 2017: Nora Khalid
Tutur bicaranya memperlihatkan kematangan diri. Bijak dan rendah diri. Meski bidang kerjanya dimonopoli oleh kaum lelaki Nora Khalid membuktikan kredibilitinya dalam menerajui empayarnya. Masa berlalu dengan cepat dan kini penglibatannya dalam dunia perniagaan sudah menjangkau tujuh tahun!
Pengasas Bersama dan Pengarah Kreatif di Whisk, sebuah perniagaan keluarga yang diusahakan sesama beradik. Kedai kopi yang berkonsepkan speciality coffee bar ini menjadi perintis yang menghembus anfas moden kepada coffee society kota. Berbicara perihal kopi, Nora seolah-olah tidak boleh berhenti daripada berbicara dengan memberi informasi terperinci.
Anak kelahiran Kuala Lumpur ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Assunta dan ketika berusia 16 tahun dia berpeluang untuk melanjutkan pelajarannya ke sekolah berasrama penuh di United Kingdom. Graduan Parsons School of Design ini mempunyai ijazah di dalam jurusan Design and Management. Pengalaman 10 tahun di New York telah mematangkannya dalam hidup.
Perihal pembukaan kedai kopinya pula, Nora menyatakan kala itu tidak ada lagi independent café sebagaimana hari ini. Sekarang ini boleh dikatakan semua orang mahu membuka kafe dan menjual kopi. “The Italians has been drinking espresso berkurun dulu dan Malaysia pula sejak bila? Masih saya ingat lagi sewaktu kecil, Equatorial Hotel adalah satu-satunya tempat yang saya boleh dapatkan ice latte atau frappucino, or any fancy coffee! Sebelum Starbucks masuk ke Malaysia pada tahun 2000, di mana agaknya anda boleh nikmati secawan kopi enak? Sekembalinya saya ke tanah air setelah beberapa tahun di New York, I couldn’t find a good coffee place for myself anywhere in KL, let alone a nice spot to sit for an hour or so. Sebenarnya daripada situlah bermulanya idea menubuhkan Whisk,” ujarnya kepada GLAM.
Hari ini Nora sudah boleh tersenyum bangga kerana berjaya melebarkan empayar dengan membuka empat lagi cawangan. Kedai kopi pertamanya dibuka sekitar awal tahun 2010 yang diberi nama Whisk Espresso Bar and Bake Shop bertempat di Empire Shopping Gallery, manakala cawangan kedua Whisk Outpost dibuka lewat 2011 di Pusat Beli Belah One Utama, ketiga Whisk Coffee & Pantry di Damansara City Mall dan terbaru Whisk di Jaya Grocer, The Starling Mall yang berkonsepkan bar untuk pelanggan yang mahu minum kopi sambil membeli-belah barangan dapur.
Baca lanjut dalam GLAM Isu November 2017.