Gigi Hadid Membidas Kenyataan Wanita Anti-Islam
Jika sebelum ini dia tidak menyumbangkan suaranya apabila isu itu melibatkan politik mahupun ketidak adilan sosial, kini model Gigi Hadid sudah mula mengubah pendiriannya.
Seringkali aktif pada landasan media sosial Twitter, Gigi seringkali berkongsikan foto-foto bernada peribadi dan juga kemas kini perihal kerjaya dan projek terbarunya. Namun dia mula menunjukkan yang dia memberi perhatian kepada setiap isu yang berlaku di Amerika dan juga dunia apabila dia berkongsikan foto sewaktu perarakan anti-imigran Presiden Trump Januari yang lalu. Baru-baru ini Gigi sekali lagi mengejutkan peminatnya apabila dia membalas mesej anti-Islam oleh seorang aktivis politik bersayap kanan Laura Loomer yang juga gila perhatian ikutan tragedi keganasan di New York minggu ini.
Muslims are out in full force at the scene of the NYC #ISIS attack today rubbing it in everyone's face. Aimlessly walking around in hijabs. pic.twitter.com/UV0DOikmJy
— Laura Loomer (@LauraLoomer) 2017년 11월 1일
Mesej yang berbaur kebencian itu ditujukan kepada dua orang wanita berhijab dan menuduh mereka menabur garam ke atas luka penduduk New York ikutan insiden di mana sebuah lori yang dipandu oleh seorang lelaki Muslim melanggar pengguna jalan basikal dan mengorbankan lapan individu.
Tidak berapa lama selepas itu, Gigi tampil dengan kenyataan dan pendapatnya sendiri mempertahankan umat Islam dan menyebabkan ramai memberikan sokongan kepada gadis berketurunan Palestin itu.
Laura, I hate to give you the attention, but I need to tell you- You're a f**king moron. https://t.co/fCezijj2Ao
— Gigi Hadid (@GiGiHadid) 2017년 11월 1일
alas.. your RT only proves your classless desperation to spread hate for attention.. ?
— Gigi Hadid (@GiGiHadid) 2017년 11월 1일
Sebelum ini Gigi pernah dicaci kerana mendepani muka hadapan isu pertama Vogue Arabia dengan mengenakan hijab walaupun dia berdarah kacukan Palestin pada belah bapanya.