Use your ← → (arrow) keys to browse
Semua sudah arif bahawa dunia hiburan can be quite disgusting dalam beberapa aspek namun apa yang menjijikkan lagi adalah apabila seorang lelaki yang berpengaruh menggunakan kuasanya untuk mengambil kesempatan terhadap golongan wanita yang hanya ingin mengecapi impian mereka di Hollywood demi nafsu binatangnya.
Dakwaan gangguan seksual terhadap penerbit ternama Hollywood, Harvey Weinstein mula menarik perhatian dunia bermula pada minggu yang lalu, makin ramai selebriti wanita yang mendapat keyakinan untuk tampil berkongsikan kisah gelap mereka bersama lelaki ini.
Si lelaki ini pula telah membawa diri ke Eropah (10 Oktober) untuk mendaftarkan dirinya ke dalam sebuah pusat pemulihan di sana yang terkenal dengan membantu ketagih seks dan pelbagai lagi masalah sosial. Walaupun didakwa dengan kes berat ini, Weinstein dilaporkan tenang sahaja disebalik semua ini.
Akibat makin ramai tampil dengan dakwaan dan pengalaman buruk mereka, GLAM menghimpunkan sedikit informasi daripada mula hingga kini perihal kes hangat ini.