Galeri Deko - Ringkas dan Klasik Gaya Rozel - Glam Malaysia

Galeri Deko – Ringkas dan Klasik Gaya Rozel

Mencipta ruang kediaman tidaklah begitu sukar jika kena gaya suai padan yang ingin diterjemahkan. Pemilihan perabot sebagai titik fokal kepada ruang merupakan antara cara mudah untuk memastikan ruang tampil selesa dan elegan. Ramai yang selesa memilih palet tanah sebagai ilham gaya utama untuk memastikan ruang sentiasa klasik dan relevan untuk jangka masa yang lama. Kami kongsikan idea menggayakan perabot berasaskan kulit yang bermain dalam rona tanah untuk disesuaikan dengan gaya berbeza terkini.

 

[soliloquy id=”73963″]

 

 

 

 

 

 

 

Rozel sememangnya antara jenama popular di Malaysia untuk pemilihan perabot kediaman. Pelbagai rangkaian berbeza hadir untuk memenuhi selera selain saiz kediaman yang berbeza. Biarpun usia jenama ini telah mencecah lebih 25 tahun, mereka terus membawakan seleksi yang dikemas kini mengikut aliran semasa selain suntikan teknologi untuk menjadikan gaya hidup pemiliknya menjadi lebih mudah. Rangkaian Signature, Khayu dan Gold boleh disuai padan menjadikan ruang anda tampil kontemporari dan santai serta bergaya.

See also
GLAM Memori: Datuk Nadia Marni

 

Kunjungi ruang pamer Rozel yang terleak di setiap bandar-bandar utama seluruh Malaysia. Gaya persembahan di ruang pamer ini semestinya dapat membantu anda untuk membawakan gaya seumpamyna di kediaman. untuk rangkaian produk tertentu anda turut dapat memilih suai padan warna dan kemasan kulit yang bersesuaian dengan cita rasa dan gaya hidup anda.