Tranformasi Rambut Cara Delevingne Menjadi Inspirasi

Tranformasi Dramatik Cara Delevingne Dengan Rambutnya

Cara Delevingne merupakan salah seorang model yang tidak gentar untuk mencuba benda yang baru. Dari segi kariernya yang bermula sebagai peragawati, pelakon hinggalah penulis. Begitu juga dengan fesyen dan kecantikannya. Dikenali dengan rambut perang platinumnya dan kening tebal, Delevingne membuat perubahan yang besar apabila dia memotong rambutnya yang ikal untuk gaya yang lebih segar dan rapi yakni potong bob kemudian dicukur habis sebelum berubah kepada pixie cut.

 

Foto Phil Lewis/WENN.com

Baru-baru ini Delevingne telah tampil dengan rona warna yang baru untuk rambutnya sewaktu menghadiri acara tandatangan novel sulungnya Mirror, Mirror.

 

Potongan rambut sebegini bukanlah satu masalah buat model tersebut untuk berseronok dengan gaya ini kerana walaupun terbatas dari segi gaya, dia masih lagi mampu bermain dengan pelbagai rona warna rambut untuk keep things fun. Dari metallic silver ke platinum blonde seinggalah kini rona warna yang lebih toned down sempena musim luruh yang menjelang tidak lama sahaja lagi.

See also
Absolut Repair Molecular, Perbaiki Rambut Rosak Sehingga 2 Tahun

 

Ayuh lihat tranformasi rambut Delevingne sepanjang dia bereksperimen setakat ini!

1 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

Foto Panoramic via ZUMA Press