Khloé Kardashian Pula Dilaporkan Hamil Dengan Anak Sulungnya

Khloé Kardashian Pula Dilaporkan Hamil

Kim Kardashian West kini sedang manantikan kedatangan cahaya mata ketiganya melalui proses ibu tumpangan, Kylie Jenner pula dilaporkan (walaupun dia belum tampil untuk mengesahkan berita ini sendiri) hamil, dan kini Khloé Kardashian pula mengumumkan kehamilannya?

 

Laporan pertama yang dibuat oleh People menyatakan beberapa sumber daripada pihak Kardashian telah mengesahkan bahawa Kardashian, 33, dan teman lelakinya Tristan Thompson, 26 dan seorang atlet NBA, kini sedang menantikan kedatangan cahaya mata pertama mereka sejak mereka mula menjalinkan hubungan pada September tahun lalu.

 

“Ya, Khloé dan Tristan bakal menimang cahaya mata bersama dan kedua-duanya sangat teruja,” umum sumber tersebut. “Hal ini bukanlah sesuatu yang mereka tergesa-gesa untuk mengumumkan kepada seluruh dunia, dan baru-baru ini sahaja mereka merasa yakin untuk memberitahu keluarga dan rakan-rakan mereka.”

 

Ini merupakan penghamilan pertama buat Kardashian dan anak kedua buat Thompson yang telah menerima kehadiran anak sulungnya pada Disember 2016 hasil hubungannya bersama bekas teman wanitanya.

See also
7 Idea Solekan Good Vibes Festival 2023

Kardashian juga mengambil masa bagi mengumumkan berita gembiranya ini untuk memberi jalan kepada adiknya, Kylie, yang juga dikatakan kini sedang hamil dengan bayi perempuan.

 

“Keadaan menjadi agak rumit selepas pengumuman Kylie dan mereka tidak mahu dianggap mencuri perhatian daripadanya namun kini Khloé enggan menipu orang ramai secara terbuka, dan berdiam diri bukanlah cara yang betul baginya.”

 

Umum mengetahui Kardashian sangat mengidamkan waktu dia boleh menimang cahaya matanya sendiri namun dia enggan berbuat demikian sehinggalah dia menjumpai lelaki yang dia benar-benar percayai.

 

“Saya benar-benar ingin membina keluarga saya sendiri. Kami sudah pun berbincang mengenai hal ini. Dia juga sudah menjadi seorang bapa, dan saya tahu yang dia akan menjadi seorang bapa yang hebat.”